aku bersihkan mata anak anak kucing ni pastu aku layan cerita superatural kat notebook. tetiba mak panggil sebab anak kucing tu bising mulut diorang. aku keluar je , tengok tengok anak kucing yang gambar kat atas ni dah nazak. dia tercungap cungap. aku tak sampai nak tinggalkan dia. jadi aku tunggu. lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit aku tunggu iaitu pukul 5.20 petang tadi si meow dah tinggalkan aku buat selama lamanya. walaupun si meow ni bukan kucig aku. tapi aku sayang mereka. sebak rasa di hati ni.
gambar kat atas ni , gambar ibu dan adik beradik si meow yang sedang nazak tadi tu. sebelum si meow tu nazak. ibu dia hilangkan diri. puas aku cari , mula mula tak jumpa. akhirnya aku jumpa ibu meow tu kat rumah dia. si ibu meow sempat berjumpa degan anakya sebelum si meow pergi.
muka si ibu meow ketika meow sedang nazak tadi. mungkin si ibu sedih anaknya sakit
gambar sebelum aku tanam si meow
aku gali lubang untuk si meow dan aku letakkan si meow kat dalam tu.sedih rasa hati ni. meow, pergilah sayang. aku tak sanggup lihat kau terseksa menaggung sakit saat kematian. aku sayangkan kau meow. tetapi sesungguhnya Allah lebih menyayangimu. berbahagialah kau di alam baru mu meow.
1 comment:
sedihnye :'(
Post a Comment