tadi selepas aku balik yaasin, dalam pukul 10 malam, abah cakap yang ada orang hantar sms yang mengatakan ada cikgu aku yang meninggal. aku terkejut, lepastu aku terus buka sms, dan ternyata memang benar ada cikgu yang meninggal. yang sangat menyedihkan aku, cikgu yang meninggal tu cikgu sejarah aku, cikgu Rozie Silikin. sms tu mengatakan cikgu mengalami sesak nafas kemudia cikgu meninggal. ya Allah, hanya tuhan saja tahu betapa berderaunya darah dan rasa macam nak gugur jantung aku ni.
cikgu rozie, saya ucapkan terima kasih banyak banyak sebab banyak bersabar dengan saya dan rakan sekelas yang lain. cikgu banyak sangat berjasa pada kami . sewaktu hari guru hari tu aku tak dapat jumpa cikgu, keesokan harinya aku terjumpa cikgu di bilik kaunseling. aku salam cikgu dan cakap "cikgu, selamat hari guru. maafkan saya andai saya ada salah silap dan terkasar bahasa pada cikgu". lepastu cikgu jawab
"terima kasih najihah, cikgu maafkan kamu semua . cikgu doakan spm kamu cemerlang" . itulah kata kata terakhir dari cikgu.
alhamdulillah, cikgu pergi pada hari yang mulia ini, iaitu pada hari jumaat. Al Fatihah buat cikgu. kami sayang cikgu selamanya
2 comments:
Greetings from Idaho! I'm bored at work so I decided to browse your site on my iphone during lunch break. I love the information you provide here and can't wait to take
a look when I get home. I'm amazed at how quick your blog loaded on my mobile .. I'm not even using WIFI,
just 3G .. Anyways, superb blog!
my webpage http://www.golden-retriever-guide.com
Ya Allah....Al-Fatihah utk arwah...
feel free to visit my blog...maybe anda org yg bertuah utk dapat duit raya???who knows kann
http://farihaabdul.blogspot.com/2013/05/gift-waaahhhh-hhadiah-and-duit-raya.html
Post a Comment