aku teringat pada satu kejadian ni. suatu petang tu, ada seorang remaja dan 2 orang lagi adiknya masuk ke klinik dan menangis teresak esak. si kakak memeluk seekor kucing yang penuh berlumuran dengan darah. si kakak meminta tolong dr. marlia untuk menyelamatkan kucingnya. tak dapat ku nafikan. ketika itu, aku hanya mampu menahan air mata dan sebak di dada. sedih melihat si kakak dan adik adiknya teresak esak menangis kesedihan. ku tanya pada si kakak "apa yang terjadi" . rupa rupanya kucing yang berlumuran dengan darah itu telah dilanggar. ku pujuk si kakak supaya sabar . namun si kakak tak mampu untuk bertenang. dia terus menangis dan mintak kami selamatkan kucingnya, namun , apakan daya. tak sampai beberapa minit, si meow menghembuskan nafas terakhir. saat itu juga , air mataku turut menitis dan si kakak semakin kuat tangisannya. setelah si kakak lega sedikit, dia menelefon ibunya supaya datang ke klinik untuk mengambil mereka di klinik. sungguh, aku tak dapat lupakan perkara ini.
masa kecil
sekarang
hah. gambar meow kat atas tu meow aku. nama dia kenit. nak tau sebab apa aku namakan dia kenit/onet ??? . hahaha. sebab cer tengok betul betul gambar tu. onet ni mempunyai ekor yang pendek sangat. kikiki. sebab tu panggil dia onet. onet ni aku ambik masa aku kerja kat klinik dulu. dia ni masa kecik, dia sakit mata dan selsema teruk. sampai mata kanan dia hampir buta. alhamdulillah. dah setahun lebih aku bela onet. sebenarnya masa aku kerja dulu aku ada ambik 2 ekor kucing. seekor si onet tu lah. yang sekor lagi namanya monkey.
yang gambar atas inilah monkey. hihi. monkey memang suka sangat duduk atas kepala aku. tak tau kenapa. tapi itulah favourite dia. sebak pulak di hati ni. monkey dah lama tinggalkan dunia ni. seingat aku masa tu bulan februari 2014. mak bagitau yang monkey tiba tiba tak nak makan. badan monkey tiba tiba kurus. alangkah sedihnya hati aku ni . masa tu juga, aku call mak, minta along (abang) bawa monkey ke klinik tempat aku kerja masa tu juga. bila monkey sampai, dr marlia rawat monkey. aku masih ingat lagi, masa tu, seharian aku menangis. harapan monkey untuk hidup menang tipis. malam tu dalam pukul 8. monkey pergi untuk selamanya. kakak menangis nangis sampai kakak tertidur. hampir setahun juga monkey pergi.... setiap kali kakak rindu monkey, kakak tatap gambar monkey lama lama. kadang kadang , sampai kakak menangis. kakak harap monkey tenang di sana. kakak takkan lupakan kenangan antara kita berdua.
terlalu banyak pengalaman dan kenangan yang aku dapat ketika bekerja disini. hampir 6 bulan aku bekerja disini dan selepas itu aku menyambung pelajaran di kolej poly tech mara kota bharu, kelantan dalam kos diploma nursing.sekarang aku dah naik semester 2. masih aku teringat, hari terakhir aku bekerja, aku menangis nangis sebab sedih nak berhenti kerja. semangatku untuk menjadi seorang dr. haiwan masih belum pudar. setiap kali ada cuti 3 atau 4 hari atau seminggu aku akan balik ke johor . hahhhhh, masa inilah aku ambil kesempatan untuk buat part time kat pekan nenas animal clinic lagi. aku rasa seronok sangat bila dapat kerja. rasa tak sabar nak tunggu cuti, sebab nak balik jb and nak kerja. kakak rindu sangat dengan meow meow kakak kat rumah.
sekian saja coretan aku untuk harini. terima kasih pada yang sudi membaca.
2 comments:
Comelnya...
Saya datang ziarah, baca entry dan follow...
Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu... :-)
Nak tanye area parit raja ade tak klinik haiwan.?
Thank you...
Post a Comment