aku cuba nak tangkap kucing ni tapi dia lari. lepastu aku terus balik umah. hati aku masa tu memang tak tenang coz asyik memikirkan tentang si belang ni saja. pastu aku cakap kat mak yang aku nek pergi kedai (tapi sebenarnya aku nak pergi tangkap kucing ni). lepastu aku keluar rumah aku panggil anak jiran aku untuk sama sama tolong aku tangkap kucing ni. kali pertama aku nak tangkap kucing ni dia gigit aku. lepastu aku cuba tangkap lagi . alhamdlillah lepas tu baru dapat. malam tu jugak aku sapu ubat dekat luka kucing ni
gambar kat atas ni daging dari luka kucing ni yang aku bagi nama belang. aku nak bawak si belang ni pergi ke vet. tapi family aku tengah sesak masa tu. aku pun malu nak mintak tolong dari orang lain coz aku tahu perangai mereka camne. satu hari tu aku balik dari sekolah. aku tergerak hati nak tengok si belang, rupa rupanya waktu tu si belang sedang nazak. aku sedih sangat. rasa menyesal tak dapat nak bawak si belang ke vet. hampir seminggu aku jaga si belang. akhirnya si belang pergi buat selama lamanya. aku masuk dalam rumah aku menangis kat dalam bilik sebab sedih sangat dengan pemergian belang. aku keluar dari bilik aku cuci muka dan aku terus capai cangkul untuk tanam si belang.
selepas beberapa bulan si belang pergi barulah aku kenal dengan 2 orang doktor haiwan. lepastu aku tanya kat doc tu. "kalau saya bawa dia ke vet doc rasa dia boleh hidup ke" . lepas tu doc kata "dia takkan hidup lama sebab dia mengidap sporo yang pengakhirannya mati". bermula dari situ aku banyak bertanya doc tu tentang penyakit yang ada pada kucing
selamat tinggal buat selama lamanya belang . kakak takkan lupakan belang. maafkan kakak juga belang kerana kakak tak mampu dan tak dapat nak bawa belang ke vet. kalau kakak mampu dah lama kakak bawa belang. sampai sekarang kakak masih rindukan belang. dan 1 benda yang kakak takkan lupa, waktu kakak sapu ubat herba dekat luka belang, belang hanya diam saja. langsung tak melawan. belang makin bagi kakak sapu ubat kat luka lagi adalah.
kakak harap belang juga takkan lupakan kakak. maafkan kakak belang. :'(