aku mula usap usap kepalanya, kemudian aku beri dia makan lagi. lepas si belang dah kenyang. si belang tiba tiba datang pada aku. dia melesey leset dekat aku. subhanallah aku sangat gembira tengok si belang yang sebenarnya sangat manja. aku hampir menangis tapi aku tahan. si belang minta aku meribanya. waktu aku meribanya si belang tidur di atas riba aku. aku usap badannya. aku cakap pada belang "belang, adakah kau kehausan kasih sayang dari seorang manusia" kemudian si belang mengiau. aku tertanya tanya adakah memang benar si belang sangat dahagakan kasih sayang. aku dia tidur dia atas riba aku agak lama.
inilah gaya belang ketika dia sedang tidur di atas riba aku. ya allah kau lindungilah belang ya allah. si belang yang selama ini liar , rupanya sangat manja apabila kita berniat baik untuk mendekatinya. setiap kali aku bercakap dengannya, si belang pasti akan menjawab dengan mengiau. jam 6.30 petang swaktu aku sedang main dengan belang, tiba tiba hujan pun turun. si belang yang sangat bijak terus mencari tempat perlindungan di belakang rumah aku
selepas itu belang terus tidur. aku sangat gembira kerana akhirnya aku dapat mendekati si belang. aku dapat cium, belai dan peluk si belang sepuas hati aku. aku mula rasa terlalu sayang pada belang. belang, belang jangan risau ya, selagi kakak ada ,kakak akan lindungi, sayangi dan perhati belang. kakak takkan biarkan belang tersiksa.
aku nak tanya kepada sesiapa yang terbaca entry ni. apa yang korang dapat lihat dari wajah si belang ni. adakah dia gembira atau sedih. sebenarnya bukan si belang saja yang rasa seperti apa yang korang lihat. tetapi beribu ribu, malah mungkin juga berjuta juta rakan rakannya rasakan banda yang sama. ayuhlah sama sama kita selamatkan rakan rakan si belang yang lain. cukuplah dengan siksaan yang mereka lalui selama ini.
No comments:
Post a Comment