aku cuba nak tangkap kucing ni tapi dia lari. lepastu aku terus balik umah. hati aku masa tu memang tak tenang coz asyik memikirkan tentang si belang ni saja. pastu aku cakap kat mak yang aku nek pergi kedai (tapi sebenarnya aku nak pergi tangkap kucing ni). lepastu aku keluar rumah aku panggil anak jiran aku untuk sama sama tolong aku tangkap kucing ni. kali pertama aku nak tangkap kucing ni dia gigit aku. lepastu aku cuba tangkap lagi . alhamdlillah lepas tu baru dapat. malam tu jugak aku sapu ubat dekat luka kucing ni
gambar kat atas ni daging dari luka kucing ni yang aku bagi nama belang. aku nak bawak si belang ni pergi ke vet. tapi family aku tengah sesak masa tu. aku pun malu nak mintak tolong dari orang lain coz aku tahu perangai mereka camne. satu hari tu aku balik dari sekolah. aku tergerak hati nak tengok si belang, rupa rupanya waktu tu si belang sedang nazak. aku sedih sangat. rasa menyesal tak dapat nak bawak si belang ke vet. hampir seminggu aku jaga si belang. akhirnya si belang pergi buat selama lamanya. aku masuk dalam rumah aku menangis kat dalam bilik sebab sedih sangat dengan pemergian belang. aku keluar dari bilik aku cuci muka dan aku terus capai cangkul untuk tanam si belang.
selepas beberapa bulan si belang pergi barulah aku kenal dengan 2 orang doktor haiwan. lepastu aku tanya kat doc tu. "kalau saya bawa dia ke vet doc rasa dia boleh hidup ke" . lepas tu doc kata "dia takkan hidup lama sebab dia mengidap sporo yang pengakhirannya mati". bermula dari situ aku banyak bertanya doc tu tentang penyakit yang ada pada kucing
selamat tinggal buat selama lamanya belang . kakak takkan lupakan belang. maafkan kakak juga belang kerana kakak tak mampu dan tak dapat nak bawa belang ke vet. kalau kakak mampu dah lama kakak bawa belang. sampai sekarang kakak masih rindukan belang. dan 1 benda yang kakak takkan lupa, waktu kakak sapu ubat herba dekat luka belang, belang hanya diam saja. langsung tak melawan. belang makin bagi kakak sapu ubat kat luka lagi adalah.
kakak harap belang juga takkan lupakan kakak. maafkan kakak belang. :'(
26 comments:
ala..kesiannya ..aduh...
@Lyeen De Syifa
tu lah sedih jugak tak dapat bawa ke vet. tapi apakan daya. saya memang tak mampu waktu tu sedih sangat
huhuhu...sedih...
@Ahlam Miera Amirul Shafie
umm ye sedih sangat tak dapat bawak ke vet. tapi apakan daya :'(
sedihnya ;( kucing saya pun baru saja mati beberapa hari yang lepas. dekat seminggu kakinya lumpuh tak boleh jalan. :'( sedih sangat
@Amalia kucing awak kena langgar ke
uhuhu..sedihnya..bgus niat murni u..teruskn perjuangan..may Allah bless u dear..
sedihnya tengok dia... lagi sedih tengok kesakitan yang dia rasa.. :(
alaa, sedihnya.. serious dah nak nangis dah. dulu, masa kucing saya mati saya terus nangis and tak sanggup nak tengok masa kucing saya ditanam. hurm :'(
@anis scha banyak sangat pengalaman kucing yang saya dah lalui. yang kena penyakit lh yang kena langgar lah. kalau diingatkan balik memang sedih sangt
Ya Allah...kesiannya.....:'( hiba hati tengok...
@♥ Sabrina Gazali ♥ humm ye kak. yang menyedihkan tu. orang lain lalu lalang nampak kucing ni diorang biarkan je. buat tak nampak je. kesian dengan si belang
Ya Allah.. ciannya dia.. :'(
@❤ Si Budak Vanilla ❤ :'( sayu sangat waktu dia pergi
Ya Allah, sedihnya ;(
sedihnya cerita nie.
Alhamdulillah, masih ada insan berhati mulia macam awak. Tahniah !
sedihnya baca :( erm, tapi kann. kalau bintang, bintang ajak je member teman g vet. :) daripada tgk meow tu seksa macam tu ken.. anyway, sabar je lah yer, dah memang sampai situ je hayatnya ~
@Bintang masalahnya bintang saya ni masih bersekolah. tapi saya tiap hari bagi dia ubat. waktu saya tak kenal mana mana pun doc haiwan. lepas dia mati baru saya kenal doc 2orang. diorang cakap kucing macam ni hidup dia takkan lama coz dia mengidap sporo yang pengakhirannya akan mati. sporo ni boleh berjangkit pada kucing lain.
sedih kalu kucing mati ni..leh nanges gile vavis
@N.S.Isama je la macam saya. kalau mati mesti nangis
hish.. kesiannya...
follow sini..
tp sedih sangat tengok...
Saya sendiri pencinta kucing..
So, sangat terasa kesedihan baca kisah awak nih..='(
Harap2 kita dpat jumpa kucing2 kita kt syurga nnt insyaAllah..
http://inikisahhidupsabrie.blogspot.com/2012/12/kucingmiaw-miaw.html
@Sabrie Mustafa Hamizan insyaallah kalau diizinkan allah kita pasti akan berjumpa mereka di sana.
penyayang betul awk nih..tp kesian kot tgk die..xdpt nk sembuh ke..sdih pulak,
@luqman zakaria
tak dapat nak sembuh dah sebab dia ada virus sporo . sedih gila waktu pemergian dia tu
sedihnya..moga teruskan usaha berbakti kpd haiwan :)
Post a Comment