HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Wednesday 10 October 2012

Kiki my sweetheart

Greeting Text
assalammualaikkum dan salam sejahtera. kucing ni namanya kiki. aku nak cerita camne aku boleh bela dia.

satu tengahhari tu aku tengah buat kerja kat depan rumah aku. tengah aku syok syok buat kerja tiba tiba jiran aku terjerit jerit panggil aku suruh aku keluar dari rumah. aku pun keluar lah . pastu dia bagi aku satu plastik ni. aku tanya dia apebendalah tu . ikan ke. dia cakap kau tengok je la.

so bila aku tengok , hehehe aku memang suka la bila nampak ada anak kucing kat dalam tu. jiran aku kata dia nampak anak kucing ni cantik, so dia kata dia teringatkan aku , jadi dia bawa balik kucing ni sebab dia nak bagi kat aku. aku tanya balik kat dia anak kucing ni ada mak tak. dia kata takde . so aku bela la si kiki ni sampai sekarang. hah tengok perbezaan kiki . korang rasa berapa kali makan agaknya si kiki ni dalam sehari.




kiki sekarang jadi kucing yang sangat manja. dia dan sandy sangat baik. dah macam adik beradik. kiki sangat sayang akan sandy. kiki ni suka sangat makan kuning telur telur rebus. hehehe. macam mana la tak gemok semua makanan dia belasah. si sandy pulak memilih jenisnya. umm. aku harap kiki akan sentiasa sihat . kakak takkan sia siakan hidup kiki sebab kakak sayang sangat pada kiki dan sandy gemuk. hehehe . love you 


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Tuesday 9 October 2012

PEKAN NENAS SHELTER

Greeting Text

as salam, salam sejahtera  2 hari lepas aku dengan pencinta haiwan yang lain telah pergi ke pekan nenas. kami pencinta haiwan ada yang dari Kakimotong fan club, Wira fan club, Kami Pencinta Kucing dan Myvets Tiram. ceritanya bermula macam ni. jeng jeng jeng.

pagi tu aku memulakan hari aku dengan penuh senyuman. aku rasa sangat gembira. mungkin kerana aku terlalu teruja aku dah tersedar pukul 4.30 pagi. aku cuba untuk melelapkan mata semula tapi tak boleh. akhirnya aku dapat jugak lelapkan mata pukul 5.30am . jam aku dah pun berbunyi. jam menunjukkan pukul 7.00 am. aku tersenyum dan terus mencapai tuala untuk mandi. setelah mandi aku terus menyiapkan diri untuk ke pekan nenas. bila dah siap aku salam mak dengan abah. aku keluar dari rumah untuk menuju ke rumah jiran aku yang anaknya turut mengikuti aku ke pekan nenas.

sepanjang perjalanan aku dan aiyin(anak jiran aku) ke pekan nenas jantung aku sangat berdebar dan aku sangat teruja. kami sampai di Masjid Jamek Pekan Nenas dalam pukul 8.45 am. rupa rupanya kami orang pertama yang sampai di situ. setelah beberapa minit aku, aiyin dan parents aiyin menunggu di situ, kak sue pula sampai. pukul 9.00 am, dah ramai yang sampai. aku menantikan orang yang aku ingin sangat nak jumpa. jam dah menunjukkan pukul 9.45 am. namun orang tu masih tak muncul. waktu tu kak sue dah suruh kami ikut ketua untuk memulakan perjalanan ke tempat tuju kami. ketika kami baru saja nak keluar dari Masjid jamek tu kami ternampak orang yang aku nak sangat aku jumpa tu, iaitu Papa hero. aku nak sangat berjumpa dengan papa hero sebab dialah idola aku dalam membela nasib haiwan.

dengan perasaan aku yang semakin membara kami meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju. kami meneruskan perjalanan ke Masjid Jamik Kampung Sawah. di sana kami berkumpul untuk mendengar penerangan tentang peraturan . waktu tu aku nampak twins papa hero yang berada tak jauh dari aku. setelah selesai penerangan dari kak sue, aku mendekati papa hero. papa hero tanya "ni Siti Najihah Pawira ke", aku pun jawab "ya" . aku tak sangka dia dapat cam aku walaupun kami tak pernah berjumpa. aku minta untuk bergambar dengan papa hero. inilah gambarnya:

satu badan aku mengeletar sebab berjumpa dengan idola aku dan keluarganya. aku gembira sangat waktu ini. disini kami diarahkan berkongsi kereta kerana tempat yang kami tuju tu tak lah besar sangat kawasan parkingnya. lepastu kami meneruskan perjalanan kami. alhamdulillah , akhirnya kami pun sampai dekat tempat yang dituju iaitu ke shelter pekan nenas yang aku pun tak ingat jalannya macam mana. hehe.


setelah kami sampai di sana, kami berkumpul sekali lagi untuk diberi penerangan . aku dah tak sabar menantikan saat saat yang paling ditunggu. kami semua mendengar penjelasan dari doc marlia dan kak sue. tengoklah aku dengan pencinta haiwan yang lain hehe.
dah sampai masanya yang ditunggu tunggu. kami akan memandikan kucing kucing di shelter ini. aku sangat seronok. tengok makcik makcik kat gambar tu. mereka sangat bersemangat. siap dengan berus,sabun syampu lah bagai. hehehe. dalam kepala otak aku "bila nak mandikan kucing ni". hehe. kami pun masuk ke dalam untuk mulakan aktiviti mandikan kucing. baru je langkah pertama kami masuk ke kandang kucing tu, ada kucing kucing yang tak cukup kaki lari menyelamatkan diri. agaknya takut kot . hhehe, masing masing sibuk mencari mangsa pertama untuk dimandikan.

hehe. maaf ya kak siti cumil sebab pakai gambar akak. hah kak siti ni tengah sibuk mencari mangsanya yang pertama. hehe. time ni aku pun tengah sibuk main kejar kejar dengan kucing. adess. nasib baik la kebanyakkannya kucing kat sini jinak jinak. hehe. inilah pengalaman pertama aku bersama sama pencinta haiwan bersatu dan bekerjasama untuk memandikan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W .

aku pun tak sure kenapa muka kucing tu jadi macam tu. hehe. mungkin agaknya sebab tekejut air tu on the spot tekena kat badan dia kot. sory ya sayang. hehe. tu orang yang kat belakang tu yang tetiba on air tu. tekejut sayang aku ni ya, maaf la sayang. hehe. kucing ni sangat manja dan jinak. dia langsung tak melawan waktu aku mandikan dia.

akak ni tengah sibuk mengelap kucingnya yang baru saja dimandikan. hehe. steady akak. gambar yang kat sebelah tu gambar aiyin  dengan kak zarina. diorang tengah sibuk belai kucing oren tu. hehe. tongok gambar yang ketiga pulak. bak kata Uncle Azman, sekali tengok macam tengah masak untuk kenduri, dua kali tengok rupanya tengah mandikan kucing. kahkahkah. ramai tak pencinta haiwan. hehehe

lepas semua kucing dah siap dimandikan , kami membersihkan kawasan shelter ini. hah tengok tu, isteri siapa la yang rajin tu. hehehe. of coz la Uncle Azman punya isteri kan. mereka tengah berehat sejenak seebab mungkin penat menyental lantai tu. lepas dah siap sental lantai tu kami pun berhenti untuk menunaikan sembahyang zohor dan makan tengahari. kami berpatah balik ke Masjid Jamik Kampung Sawah. 
aku pun tak perasan bila masa pulak orang snap gambar aku ngan papa hero ni. tapi aku ucapkan terima kasihlah pada en. photographer tu ya sebab aku kumpul semua gambar yang ada. hehe. sedap sangat nasi beriyani ni. aku makan bersama dengan mama hero,anak twins mereka and ramai lagi la . hehehe. tapi yang penting perut kenyang hati pun senang. tapi sayang aku tak jumpa pun gambar aku ngan anak twins papa hero tengah makan bersama sama. never mind, mungkin takde rezeki kot. hehe

ni gambar mereka tengah makan di pondok sebelah. hehehe. mereka makan dengan berseleranya sebab lepas ni ada misi penting yang perlu kami sambung. dalam pukul 2.00pm la kalau tak silap kami bertolak semula ke shelter untuk misi ke 2. hehehe. ada yang takut dengan misi ke 2 ni.padahal tak berbahaya pun. hehe (jangan cakap orang sendiri pun agak gementar) 

hah ini lah sesi ke2 kami. hehehe. pada sesi ini kami perlu memandikan semua anjing anjing di situ. jangan risau kami dah dibekalkan dengan sabun samak iaitu sabun taharah. tukar topik kejap ya . hehe . dalam islam pegang anjing tak haram , tapi yang jadi hukum haram apabila kita pegang anjing tu dan kita tak samak. baru jadi haram. hehe. kalau tak faham tentang hukum memang anjing ni korang pepandailah cari kat google ye. ok masuk topik tadi balik ya. hehehe. anjing kat atas tu baik. kami syampukan dia dan bilas dia sampai bersih. hehe. 
hehe. anjing kat atas ni terpaksa menyerah sebab kami perlu memandikannya. hehe. tengok semua anjing anjing ni. nampak je garang tapi diorang baik. melalui program ni aku dapat belajar satu perkara yang aku tak pernah tahu dalam hidup. aku tak pernah tahu yang anjing juga mempunyai sifat takut dan penyayang. aku dapat lihat sifat ni dalam diri mereka bila aku tengok diorang takut untuk mandi sampai mereka terkencing dan terbuang air besar kat atas lantai tu. mereka ni akan menyayangi orang yang menyayangi mereka, sebab benda ni aku nampak bila aku usap usap kepala mereka dan lepastu mereka datang kat aku untuk meminta dimanjakan. setelah selesai memandikan anjing kami pergi melihat doc mar dan doc azeem yang tengah sibuk memberi rawatan kepada anjing kat bawah ni
aku berbangga dengan doc mar dan doc azeem. bak kata doc azeem "proud to be veterinarian". kahkahkah. adess. hehehe. dari sikap doc mar dan doc azeem, aku dah tanamkan dalam diri aku untuk mengambil bidang veterinar waktu aku sambung belajar nanti. aku respek doc mar dan doc azeem . one day i'll be a veterinarian . hehehe. apelah aku ni awal awal dah berangan. lalalala. semoga doc mar and doc azeem sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T . umm bila dah habis tengok mereka buat kerja , kitorang diarah untuk berkumpul sekali lagi

kat gambar tu kak sue tengah beri ucapan penutup. doc mar pulak tengah sibuk minum air mungkin kehausan agaknya. hehehe. mama hero tu tak tau la tengah pandang ape. mungkin tengah pandang hasben yang terchenta agaknya. hehehe. waktu ni aku dah mula rasa sedih sebab tak lama lagi aku kena berpisah dengan kucing dan anjing kat sini. jadi aku hanya mampu berdiam. aku harap sangat aktiviti macam ni akan diadakan lagi. walaupun dah 2 hari berlalu, rasa hangatnya badan haiwan haiwan di sana masih terasa. aku tak taula apa yang aku tulis kat bawah ni seloka ke apa. tapi yang pasti apa yang aku tulis kat bawah ni adalah luahan hati aku sebagai seorang buadak sekolah tingkatan 4 yang datangnya dari lubuk hati aku yang paling dalam sekali . ini untukmu sayang. 

sejak perpisahan itu.hati ini mula merasakan rindu, raut wajahmu sentiasa terbayang bayang di dalam mimpiku,suaramu asyik terngiang ngiang di telinga ini,perbuatanmu sentiasa membuat aku tersenyum,meskipun ada yang tidak menyukaimu, tetapi kau jangan bimbangaku akan sentiasa mencintaimu walaupun kau tidak sama seperti aku,
kuharapkan perpisahan ini tak akan berlarutan,namun apa yang kuharapkan pertemuan yang akan mengembirakan,hati ini sentiasa tak keruankerana asyik memikirkan dirimu oh sayang. ku juga mengharapkan kau tidak melupakanku sayang,

Ya Allah kau panjangkanlah umur kami(pencinta haiwan) agar kami dapat berbakti buat makhluk ciptaan mu ini lagi. kau pertemukanlah kami lagi ya allah. Ya Allah, kau bantulah kami dalam membela nasib makhluk ciptaan mu itu Ya Allah. Ya Allah kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami agar kami dapat bekerjasama lagi untuk memberi keselesaan kepada makhluk mu ini Ya Allah

P/S : aku berharap agar tidak ada  yang salah penerimaan tentang apa yang aku tulis ni. tujuan aku menulis ini adalah untuk menyemai sikap sayangkan dan cintakan haiwan kepada pembaca pembaca blog. aku tak mampu untuk bercerita dengan sesiapa tentang kerinduanku ini. aku hanya mampu menahannya dan menyimpannya sedalam dalam yang boleh. aku juga hanya mampu menitikkan air mata kerinduan seorang diri. tapi tak mengapa, bukan aku sorang yang menyimpan perasaan itu, tetapi semua pencinta haiwan sama sama dengan aku di shelter pekan nenas tu . aku jugak sangat berbangga dengan papa hero yang sentiasa membela nasib haiwan. keep it up papa hero. 

sekian

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...