HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Monday 29 April 2013

GIVEAWAY DARI BLOG NUR MAHIRAH




assalammualaikkum . wah hari ni jiha first time join GA. ceh ceh ceh. jom ramai ramai join GA dari blog NUR MAHIRAH ni . banyak hadiah yang menarik. hehe , doakan jihah menang ye. huhuh. hadiah dari section A: jihah pilih header transparent . dann hadiah dari section B: jihah pilih maxi dress. ramai peserta GA dekat blog Nur mahirah ni. so . jom join ramai ramai. syarat syarat ada kat bawah ni

SYARAT !
1)Warganera Malaysia
2)Buat satu entry dan tepek(tampal) banner kat atas yang dilinkkan terus ke terus ke entry ni *entry bertajuk>> Pilih, Klik dan Menang (1st Giveaway by Mahirah Muhamad)
3)SIGN IN facebook,twitter dan blog,lepastu klik je benda alah kat bawah ni
4)Pilih SATU hadiah dari section A dan SATU hadiah dari section B*rujuk hadiah di senarai hadiah :)
5)Letak url entry pada komen entry ini sahaja. Bagi sesiapa yang tiada blog,facebook @ twitter,sila nyatakan sekali *wajib komen untuk sy tahu bahawa anda join segmen ini
6)Pemilihan pemenang adalah melalui top reffral dan cabutan tangan (*suggest by kak Nabila)
7)Tamat 28/5/2013

#PERHATIAN:kepada sesiapa yang TIADA blog,tak perlu buat syarat yang ke-2. SHARE link ni di facebook atau twitter anda dan tag 3 orang rakan :) dan syarat ke-5,tak perlu letak url,just komen "SAYA JOIN".            "Mudah kan?"
##Tak paham? PM me here


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Wednesday 24 April 2013

TUAH KUCING BARU AKU

assalammualaikkum semua. apa kabar. hehe. hari ni aku nak cerita tentang kucing baru aku.
nama kucing ni Hang Tuah sebab maksud Hang tu kau , maksud Tuah tu sebab dia bertuah nyawa dia dipanjangkan oleh Allah. mula mula aku bertemu dengan dia begini ceritanya :

petang hari isnin lepas 22 april 2013 , abah aku baru balik dari kerja. lepastu bila abah matikan je enjin kereta tetibe ada suara anak kucing yang menjerit jerit. aku dah panik sebab aku fikir abah langgar anak kucig milik jiran aku. aku cari cari kat tayar tapi takde. rupaya anak kucing tu berada kat tayar spare yang terletak kat bawah kereta abah. aku tertanya tanya, dari mana datangnya kucing tu.
aku terus tanya abah , abah aak kucing mana abah bawak ni. abah jawab , abah pon tak tahu dari mana dia ikut abah aku balik. bayangkan 15 minit si tuah berada kat bawah kereta abah tu. dibuatnya kalau dia terjun waktu abah tengah drive, tak ke melayang nyawa dia. adess. pada mulanya abah tak nak bela si tuah ni. tapi abah nak kasi kat makcik. tapi aku desak jugak , aku nak bela si tuah. malam semalam aku nangis sebab aku tak sanggup nak kasi tuah kat orang lain.  akhirnya abah ngan mak izinkan aku bela si tuah. hehehe. dekat badan si tuah ni ada banyak kuping kering, jadi aku cabut sikit sikit , lepastu aku letakkan ubat,

hari ni hari ketiga aku bersama dengan tuah. si tuah ni pandai ke tandas sendiri. aku tak ajar dia pun. bagus betul si tuah ni. dalam bulan ni atau bulan depan aku akan hantar si tuah pergi vaksin. ececeh. si tuah ni suka dengan anak patung tu. kat rumah aku ni si tuah sedang berbaik baik dengan clouby kucing yang aku ambik dari jiran aku tu. satu sifat dia yng paling manja sangat sangat, bila dia nak tidur aku kena tepuk tepukkan badan dulu . dah macam bayi dah. kakaka. selagi dia tak puas dia takkan tidur. dan sebelum tidur jugak dia kena peluk patung kesayangan dia tu dulu. alahai manjanya kau ni tuah oiii. kawan kawan semua tolong doakan kesihatan untuk si tuah ni ya. aku sayang sangat pada si tuah. :) . sekian saja untuk hari ni. wassalam



JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Monday 22 April 2013

HACHIKO ANJING YANG SETIA



assalammualaikkum.
hari ni aku nak tanya. korang pernah tak dengar cerita tentang Hachiko. sebenarnya kisah hachiko ni dah lama. tapi aku saja ak berkongsi bagi yang tak pernah tahu tentang hachiko ni. hachiko ialah seekor anjing lagenda di jepun yang memang wujud. kalau nak tahu cerita hachiko yang sebenar ada banyak di google. korang search je hachiko. Hachiko ni seekor anjing yang sangat setia menunggu tuan dia selama 10 TAHUN . daripada cerita real Hachiko kat jepun ni, sebuah syarikat dari luar negara telah menghasilkan sebuah movie yang juga bertajuk HACHIKO. tapi sebelum korang tengok movie kat bawah ni, sila sediakan tisu 3 kotak ya . cerita ni sebuah cerita yang sangat sedih . sangat sangat sedih. huhuhu. aku tak mo cerita panjang panjang. nanti tak gempak la.  korang tengok lah sendiri movie ni yang megambil masa 1 jam 30 minit ni ya. :'( . sumber video dari Youtube.
ini gambar hachiko
VIDEO DI BAWAH



JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Thursday 11 April 2013

MEOW PERGI BUAT SELAMANYA

assalammualaikkum. aku telah diamanahkan untuk jaga kucing milik jiran aku. tapi hari ni aku agak sedih sebab anak kucing milik jiran aku tu dah pergi buat selama lamanya. sebenarnya tadi waktu aku balik dari sekolah aku tergerak hati nak tengok kucing kucing tu. so bila aku sampai je kat sana, aku tertumpu pada sekor anak kucing ni. aku tengok dia lain macam.dia asyik baring je . tak nak maka dan minum.jadi aku buat keputusan untuk bawak ketiga tiga anak kucing tu balik ke rumah aku sebab nanti senang aku nak tengok tengokkan diorang. 
aku bersihkan mata anak anak kucing ni pastu aku layan cerita superatural kat notebook. tetiba mak panggil sebab anak kucing tu bising mulut diorang. aku keluar je , tengok tengok anak kucing yang gambar kat atas ni dah nazak. dia tercungap cungap. aku tak sampai nak tinggalkan dia. jadi aku tunggu. lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit aku tunggu iaitu pukul 5.20 petang tadi si meow dah tinggalkan aku buat selama lamanya. walaupun si meow ni bukan kucig aku. tapi aku sayang mereka. sebak rasa di hati ni. 

 gambar kat atas ni , gambar ibu dan adik beradik si meow yang sedang nazak tadi tu. sebelum si meow tu nazak. ibu dia hilangkan diri. puas aku cari , mula mula tak jumpa. akhirnya aku jumpa ibu meow tu kat rumah dia. si ibu meow sempat berjumpa degan anakya sebelum si meow pergi.

 muka si ibu meow ketika meow sedang nazak tadi. mungkin si ibu sedih anaknya sakit

 gambar sebelum aku tanam si meow
aku gali lubang untuk si meow dan aku letakkan si meow kat dalam tu.sedih rasa hati ni. meow,  pergilah sayang. aku tak sanggup lihat kau terseksa menaggung sakit saat kematian. aku sayangkan kau meow. tetapi sesungguhnya Allah lebih menyayangimu. berbahagialah kau di alam baru mu meow.
JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...