HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Saturday 16 March 2013

KISAH SEORANG PELACUR MASUK SYURGA KERANA ANJING

assalammualaikkum. aku nak tanya pernah tak sesiapa terbaca atau pernah dengar tentang seorang wanita
pelacur diampunkan segala dosanya kerana dia memberi minum kepada seekor anjing yang hampir mati .


diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "[Shahih al-Bukhari – no:3467]

subhanallah, alangkah pengampunnya Allah. wanita pelacur itu dimasukkan ke syurga kerana 'beri anjing minum' sahaja. tetepi manusia sekarang. bila mereka nampak seorang islam memberi anjing makan atau minum, pasti ada saja yang mengutuk dan yang tak kena. buktinya , perkara ini sendiri terjadi pada aku dan pencinta haiwan yang lain. aku tak minta dipuji. seterusnya pula , aku nak berkongsi tentang seorang wanita yang masuk neraka kerana tidak memberi kucingnya makan
                                                  
Rasulullah S.A.W. bersabda, ''Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah."[Shahih al-Bukhari – no:3318]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
kesimpulannya , aku nak tekankan di sini, beri makan atau minum pada anjing bukanlah suatu dosa. malah ia menjadi pahala. ubahlah pemikiran dan tanggapan anda terhadap anjing. mereka juga makhluk Allah yang mempunyai hak untuk hidup dan dikasihi di dunia ini. ingatlah, satu kezaliman yang anda lakukan kepada haiwan ciptaan Allah ini, anda tangungglah sendiri akibatnya. bagi yang masih ragu ragu tentang hukum memegang anjing. korang boleh baca pada entry HUKUM MEMEGANG ANJING DAN CARA MEMBERSIHKANNYA. tekan pada huruf yang di boldkan tu. fikir fikirkanlah apa yang aku kongsikan ini. sekian saja . 
sumber hadis dari blog : IBNU MUSLIM

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Thursday 14 March 2013

HUKUM MEMEGANG ANJING DAN CARA MEMBERSIHKANNYA

Greeting Text

assalamualaikkum , hari ni aku cuma nak berkongsi tentang hukum memegang anjing. aku dapat sumber ni dari page JAIS

PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /
MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan
najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air
bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
menyalahi hukum Islam.
3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara
keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.
3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa alHaram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai
binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi
S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara
anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari
pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang
mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim. 
ini pulak cara nak bersihkan tubuh selepas terkena atau memegang najis mughalazzah. sumber dari JAKIM


Dari Abu Hurairah r.a katanya:Bersabda Rasulullah s.a.w;Membersihkan bejana yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah."Huraian Hadith: Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampurkan dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.


p/s : kesimpulannya memegang anjing tu tak haram, tapi selepas pegang atau terkena najis atau dijilat anjing , perlu disamak dengan cara yang telah diterangkan. sekian.

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Friday 8 March 2013

JOJO FUTSAL

Greeting Text


assalammualaikkum , hari ni hati rasa sedih sangat sebab hari ni hari last aku dapat jumpa dengan jojo (anjing gelanggang futsal tu). tadi waktu aku sampai je , dia datang pada aku. lepas dah kenyang makan si jojo tidur.






sebelum aku nak balik tu , aku usap usap kepala jojo. sayu rasa hati ni. :'( . waktu aku jalan nak balik tu, si jojo kejar aku . dia nak ikut aku balik. tapi aku tak boleh bawa dia balik sebab orang kat sini tak suka anjing. jadi aku terpaksa buat buat aku ambil batu. lepastu dia pandang muka aku, dan dia terus patah balik.sedih hati aku . aku rasa nak menangis tapi aku tahan . kalau aku ada kelapangan waktu, aku akan ke sana lagi untuk beri jojo makan. aku tak mampu nak cerita panjang. semoga jojo sentiasa dilindungi dari marabahaya. dan diberikan kesihatan untuknya 

p/s : selepas balik rumah aku sertu tangan.
JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Wednesday 6 March 2013

anjing gelanggang futsal

                               


Greeting Text
assalammualaikkum dan salam sejahtera semua. hari ni aku tak taulah nak rasa gembira atau sedih. actually petang tadi aku pergi ke gelanggang futsal untuk temankan adik aku buat latihan futsal. sesampainya aku dekat situ aku ternampak seekor anjing yang sangat kurus. aku kesian sangat tengok anjing tu. kebetulan dekat kawasan situ ada deretan kedai, jadi aku bawaklah adik aku pergi kedai untuk beli makanan kucing. aku terpaksa beli makanan kucing sebab aku hanya ada rm 2 je tadi.  
jadi aku balik je dari kedai aku bagi dia makan. anjing ni makan dengan pelahap. mungkin kerana dia terlalu lapar. sedih aku tengok anjing ni. aku duduk dekat sebelah dia. dia cuba ambik bau aku. aku bagi dia minum sekali. waktu tu datanglah 2 Hamba Allah ni . diorang nampak aku bagi anjing ni makan, "eiii, dia kasi anjing tu makan", kata salah seorang dari diorang sambil pandang aku seolah olah aku buat dosa besar. tapi hati aku cakap ""jangan endahkan apa orang kata, dugaan orang yang sayang pada haiwan memang camtu"". aku tak peduli apa yang hamba allah 2 orang tu nak cakap. masih ramailagi yang tak faham tentang hukum memegang dan memberi anjing makan. aku duduk je kat sebelah anjing tu. mungkin dugaan untuk aku. 
semoga anjing ni sentiasa dilindungi dari bahaya. besok aku ke gelanggang futsal lagi untuk teman adik aku buat latihan futsal. insyaallah adalah rezeki untuk anjing ni besok. :) . 


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...