HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Wednesday, 6 March 2013

anjing gelanggang futsal

                               


Greeting Text
assalammualaikkum dan salam sejahtera semua. hari ni aku tak taulah nak rasa gembira atau sedih. actually petang tadi aku pergi ke gelanggang futsal untuk temankan adik aku buat latihan futsal. sesampainya aku dekat situ aku ternampak seekor anjing yang sangat kurus. aku kesian sangat tengok anjing tu. kebetulan dekat kawasan situ ada deretan kedai, jadi aku bawaklah adik aku pergi kedai untuk beli makanan kucing. aku terpaksa beli makanan kucing sebab aku hanya ada rm 2 je tadi.  
jadi aku balik je dari kedai aku bagi dia makan. anjing ni makan dengan pelahap. mungkin kerana dia terlalu lapar. sedih aku tengok anjing ni. aku duduk dekat sebelah dia. dia cuba ambik bau aku. aku bagi dia minum sekali. waktu tu datanglah 2 Hamba Allah ni . diorang nampak aku bagi anjing ni makan, "eiii, dia kasi anjing tu makan", kata salah seorang dari diorang sambil pandang aku seolah olah aku buat dosa besar. tapi hati aku cakap ""jangan endahkan apa orang kata, dugaan orang yang sayang pada haiwan memang camtu"". aku tak peduli apa yang hamba allah 2 orang tu nak cakap. masih ramailagi yang tak faham tentang hukum memegang dan memberi anjing makan. aku duduk je kat sebelah anjing tu. mungkin dugaan untuk aku. 
semoga anjing ni sentiasa dilindungi dari bahaya. besok aku ke gelanggang futsal lagi untuk teman adik aku buat latihan futsal. insyaallah adalah rezeki untuk anjing ni besok. :) . 


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

1 comment:

Chelz Rachel said...

kesian juga nie anjing....huhu....kucing itu cute!...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...