HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Monday 4 November 2013

CLOUBY KEMBALI SIHAT :)

Assalammualaikkum.

semalam jihah pergi melawat Clouby. sampai sampai je kat vet . clouby tengah tidur kat dalam kandang. bila dia nampak je aku dan mak, dia terus bangun mintak dipegang. doktor ceritakan kepada aku tentang clouby sepanjang 3 hari dia di vet. doktor cakap hari pertama Clouby baik sangat . tak banyak hal. nak kasi makan ubat pun senang je. mungkin sebab dia masih rasa sakit lagi kot. hari kedua pun macam tu juga. 

hari ketiga Clouby dekat klinik dia dah mula buat hal. dia dah susah nak diberi makan ubat sampaikan 3 orang terpaksa pegang Clouby seekor. habis tangan doktor calar balar. Clouby sangat aktif masa hari kedua dia kat klinik. tiub yang dipasang di saluran kencing dia juga putus akibat digigit Clouby. doktor sampai terpaksa pasang tiub tu 2 kali. heisshh Clouby Clouby.

hari keempat adalah hari jihah pergi melawat Clouby. doktor cakap yang Clouby dan boleh keluar wad. doktor vet tu cakap Clouby kuat semangat. kalau kami lambat hantar Clouby ke vet , Clouby boleh mati. huwaaa takutnya dengar.doktor nasihatkan agar Clouby diletakkan di dalam kandang untuk 1 minggu atau sehingga Clouby betul betul sihat. doktor jugak beritahu supaya jihah check pundi kencing dia setiap hari.


hari ini : Clouby langsung tak nak makan makanan yang kami beri pada dia. hati risau juga sebab takut Clouby nanti tak bertenaga. Hari ni juga air kencing Clouby sudah mula menjadi normal. air kencingnya sudah tak bercampur dengan darah lagi. akhirnya baru sekejap tadi Clouby menjamah makanan yang aku beri padanya. 

dekat vet semalam . doktor ada beritahu aku serba sedikit tentang punca kucing dapat sakit batu karang. (apa yang jihah type dibawah ni berdasarkan pemahaman jihah daripada penjelasan doktor)

1. stress
- jika salah seekor kucing di rumah anda mendapat penyakit batu karang, kemungkinan dia mendapat penyakit tu kerana stress dengan keadaan persekitaran. begini, jika di rumah anda ada lebih daripada 1 ekor kucing, kemungkinan ada kucing lain di dalam rumah anda yang tidak suka padanya. atau lebih mudah saya katakan sebagai musuh. ini membuatkan kucing anda sanggup menahan kencing apabila dia terserempak dengan musuhnya ketika dia hendak pergi membuang air. 

2.pemakanan
- kebanyakan kucing yang mendapat batu karang ni disebabkan pemakanan. sebenarnya makanan kucing yang anda beli yang timbang tu tak berapa bagus untuk kucing anda. terutama sekali makanan yang berwarna warni tu. makanan timbang tu mengandungi kandungan garam yang banyak. apabila kucing anda makan makanan tu dengan jumlah yang banyak, ia akan mendedahkan kucing anda untuk mendapat sakit batu karang. jadi untuk mengelakkan sakit batu karang, berilah kucing anda makan makanan premium. 

anda perlu tahu yang sakit batu karang ni berbahaya . jika kucing anda lambat menerima rawatan , kemungkinan besar ianya boleh menyebabkan kematian. jangan ambil ringan terhadap penyakit penyakit kucing ya. dan yang penting vaksinlah kucing kucing korang tu. sekian . terima kasih sebab sudi membaca.  

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...