HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Thursday 9 August 2012

Kehadiran sandy

Greeting Text



ini sandy. namanya sandy sebab korang ingat tak cerita spongebob. tupai tanah dalam cerita tu kan namanya sandy. jadi disebabkan dia ny suka melompat sana melompat sini , mak saya namakan dia sandy. dia ny comel sangat. dia ny sebenanya cucu kepada manis. mak dia ny dulu diberi kat makcik saya. jadi bila mak dia beranak mak cik saya taknak anak dia. jadi saya tak sampai hati nak biarkan dia jadi kucing jalanan. mak cik saya nak buang dia n adik dia. adik dia pon betina. sebenanya dia ny ada 3 beradik 2betina 1 jantan. yang jantan tu makcik saya bela. yang mak dia n anak dia ag sekor dia bagi kat orang. jadi smpai sekarang (2011) saya bela sandy. alhamdulillah dia sihat. saya bercadang nak kasikan dia(sunatkan). hope sandy sentiasa sihat smpai dia jadi tua . hehe

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Wednesday 8 August 2012

KEMATIAN MANJA


Greeting Text



inilah satu satunya kucing aku yang aku selepas kucing aku yang lain diberi pada orang lain. nama sebenar kucing ini Stoken tapi disebabkan adik lelaki aku menangis sebab rindu pada Manja yang telah aku berikan kepada kawan mak cik aku, mak dan aku membuat keputusan untuk tukar nama dia daripada Stoken kepada Manja . lepas Manis dan kucing aku yang lain dah tak ada, Manja mencari mereka. waktu itu aku rasa sangat sedih. hampir seminggu Manja murung sebab kesepian . kalau aku balik ke kampung aku akan bawa manja, kemana saja kami satu family pergi seperti balik kampung, kami akan bawa Manja. aku jaga manja dengan baik. kalau Manja sakit aku akan bawa dia ke veterinar. pada 4/8/2011, Manja jatuh sakit. jadi aku usaha mencari jalan untuk menyembuhkan Manja. pada malam 7/8/2011 aku ingatkan manja dah sembuh sepenuhnya sebab dia dah mula nak makan, bermain , dan bergurau dengan kami sekeluarga. keesokan paginya Manja jatuh sakit semula. dan akhirnya pada hari kelapan berpuasa iaitu pada tarikh 9/8/2011 hari rabu jam 1.05 petang Manja telah mati. aku masih ingat pagi tu sebelum Manja mati. waktu tu baru sahaja lepas sahur ,manja telah menghilangkan diri. aku cari dia sampai menangis nangis sebab aku tak jumpa manja. akhirnya aku terjumpa dia tengah bersembunyi kat bawah kereta jiran aku yang rosak yang diletakkan di lorong pejalan kaki di tepi rumah aku.

pagi tu manja dah lain macam . jadi lepas aku jumpa dia aku bawa manja balik rumah lepas tu aku kurung dia dalam sangkar. niat aku kurung dia supaya jika dah sampai masanya Manja mati biarlah dia mati kat rumah aku. sebelum aku ke sekolah , aku sempat melihat muka manja. mata aku mula berkaca sebab tengok keadaan dia lemah sangat waktu tu. sepanjang aku berada kat sekolah , aku tak dapat tumpukan perhatian pada pelajaran. aku asyik terfikirkan manja . waktu rehat aku telefon mak. aku tanya pada mak tentang keadaan Manja. mak cakap Manja cuma nak minum sahaja. keadaan dia sangat lemah waktu tu. aku sedih bila tahu keadaan manja makin teruk. tapi aku masih boleh mengawal emosi. sebenarnya hari tu adalah hari pertama aku kena menghadiri kelas tambahan selepas waktu sekolah yang dikhaskan untuk pelajar PMR. jadi lepas habis waktu persekolahan. aku telefon mak untuk bertanya tentang manja. mak kata Manja dah terlalu lemah. mulut dia mula berair dan berbau busuk . waktu itu aku dah tak boleh mengawal perasaan , aku mula menangis. mak kata , "Angah jangan fikir apa apa. kalau Manja mati, Angah tawakkal lah ya. mak kata kalau waktu angah balik rumah manja dah mati,angah jangan menangis ya". aku dengar suara emak waktu tu macam suara orang tengah menangis. aku terus letak gagang telefon dan aku terus leri ke arah tandas. aku menangis tersedu sedu. lepas tu, aku cuci muka , dan aku terus pergi ke kelas untuk menghadiri kelas tambahan. masa tu pun aku masih tak boleh tumpukan kepada pelajaran. lepas tamat kelas. aku balik ke rumah dengan menaiki bas tambang. rumah aku jauh dari sekolah. dalam bas sahaja, aku sudah terbayang bayang muka Manja . aku mula sedih. tapi aku cuba tahan. lepas turun bas, aku kena jalan kaki untuk sampai ke rumah . dalam perjalanan tu, aku menangis. kawan aku dibelakang tanya pada aku kenapa aku menangis. aku cuma berdiam. aku terus jalan sampai di depan pintu rumah , aku tak nak masuk rumah, aku duduk kat depan rumah dulu. lepas 5 minit aku kat luar rumah baru aku masuk ke dalam rumah. aku pelik kenapa sangkar besar Manja tu ditutup dengan kain. waktu tu mak tengah buat kuih sebab setiap tahun dalam bulan puasa mak ambil tempahan untuk kuih makmur dan tart sepit.



mak halang aku dari buka kain itu. tapi aku berkeras nak buka kain tu. bila aku buka kain itu . aku tengok Manja dah mati. aku terus masuk ke dalam bilik dan aku terus menangis . aku menangis kat dalam bilik kira kira sejam. aku keluar dari bilik untuk pergi mandi dan aku tanya pada mak , kenapa mak tak tanam Manja sebelum aku balik ke rumah. mak kata mak tak sanggup nak tengok wajah Manja . kami sekeluarga memang akung sangat pada Manja . aku menguruskan bangkai Manja. ketika aku bawa bangkai manja ke belakang rumah untuk ditanam, dengan suara yang sedih abah cakap, "Angah jangan tanam Manja . biar abah yang tanam. waktu abah menggali kubur Manja, menitik air mata abah. selama ini aku tak pernah melihat abah aku menangis di depan aku. aku tak tahan melihat abah. memang abah lah yang paling akung pada Manja. abah menangis ketika melihat wajah Manja buat kali terakhir. setelah selesai menanam Manja. aku tanya mak macam mana keadaan Manja sebelum mati. mak kata waktu aku telefon mak lepas waktu persekolahan itu, iaitu pada pukul 1:00 pm. manja mengiau bila dia terdengar suara aku. speaker handphone mak aku memang kuat. jadi mungkin dia terdengar suara aku. lepas tu mak kata manja muntah darah. mak kata lagi , kucing biasanya kalau muntah darah , dia termakan racun. mak kata tepat pukul 1.05 manja menjerit sekuat hati dan lepas tu nafas nya mula menurun. mak tak sanggup tengokkeadaan Manja waktu tu,jadi mak tutup sangkar tu dengan kain. lepas tu emak tengok nafas manja mula lemah. mak kata mak tatap dia sampai nafas dia yang terakhir. malam tu , aku buka notebook aku untuk hilangkan rasa sedih. tiba tiba bila mak dan abah nampak gambar manja kat skrin notebook. mak dan abah menangis. sebenarnya ada sesetengah jiran aku yang tak suka pada kucing. ada yang nampak kucing dipukulnya kucing tu. itu lah saat saat terakhir kami sekeluarga bersama dengan Manja . Manja selalu kena pukul dengan jiran jiran aku waktu dia masih hidup. tapi sekarang alhamdulillah jiran jiran aku semua dah berubah. hampir kesemua jiran berdekatan rumah aku membela kucing. semoga manja bahagia di sana. Amin.


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...