HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Sunday 2 June 2013

PERTEMUAN YANG SANGAT MENGGEMBIRAKAN.

pada jumaat yang lepas iaitu 31/5/2013 yang lepas jihah dan keluarga berjumpa dengan mama tim dan papa hero. cerita kami berjumpa bermula begini. hehe:

pagi tu bangun dengan penuh ceria. huhu. sebenarnya malam sebelumnya aku tak tidur mungkin sebab terlalu excited nak memulakan aktiviti keesokannya. petang tu, selepas solat jumaat aku dan family akan ke rumah mama Tim . mama Tim dan suaminya adalah cat lovers. jadi kami berjumpa ni untuk mengeratkan lagi sillaturrahim yang sudah terjalin antara kami sekeluarga. dalam perjalanan tu kami 2 kali tersasar. al maklumlah, aku dan family ni bukan berasal dari Kuala Lumpur. sebab tu selok belok di KL ni kami tak berapa tahu. alhamdulillah sesampainya kami di rumah Mama Tim, kami disambut dengan sangat mesra walaupun mama Tim dan suaminya baru sahaja pulang dari Terengganu.
inilah mama tim dan suaminya yang jihah maksudkan tu. mereka ni sangat peramah dan sporting. walaupun mama tim penat, tetapi beliau cuba untuk melayani tetamunya sebaik baik yang mungkin. kami sekeluarga segan jadinya. tapi serius jihah cakap, mama tim dan husband nya sangat sporting. mama tim jugak tak sombong. jihah sayang mama tim  bila jihah masuk je ke dalam rumah mama tim , mama tim dah siap menggoreng keropok lekor kegemaran jihah . hehe. alhamdulillah, waktu tu kami dah kenyang sungguh. kami 2 keluarga sudah merancang untuk ke rumah Papa hero . pada mulanya kami nak bertolak ke rumah ph selepas asar, tetapi memandangkan Angah (anak ph) demam. kami bertolak ke rumahnya selepas isyak.

si tatam milik mama tim, sangat debab, comel dan manja. suara si tatam ni sangat comel dan manja. mama tim kata, si tatam ni dah berumur 13 tahun , jangan terkejut lah ya. kucing boleh hidup panjang/lama jika kita pandai jaga dan prihatin pada mereka. jihah tak tipu. tengoklah sendiri , si tatam ni lah buktinya. pandai mama tim jaga kucing kucing kan. 


yang ni jihah tak ingat pula namanya. tapi dia ni sangat manja.gambar yang atas tu mak jihah peluk dia sambil belai belai. lepastu dia boleh tidur dalam pelukan mak. haha. comel pulak tu cara dia tidur. abah jihah tersenyum tengok gelagat si meow tu. hehe
  

yang dua ekor ni dah macam kapel dah. peluk peluk gituu.
ni semua kucing milik mama tim. semua comel comel dan bersih. jihah suka tengok mereka semua terutama sekali si tatam dan koleq huuuu. seronok sangat dapat jumpa dengan mereka semua.kucing yang jihah pegang tu namanya koleq. sangat manja dan debab sama macam si tatam.
tengok tu hah. ibu jihah tak tahu nak pegang yang mana satu dulu. last last , mak pegang dua dua sekali. haha. comel betul budak 2 ekor ni. sorry ya mata ibu jihah jadi camtu pulak
ni gambar kenangan kami sekeluarga bersama dengan mama tim. huhu. sedih nak tinggalkan rumah mama tim. yang ambil gambar ni uncle ishak.

nampak gambar tu. huhu. mama Tim ajak kami keluar makan di sebuah tempat di putrajaya yang orang gelarkan tempat itu Laman sebelum memulakan perjalanan ke rumah ph. apa menunya tak perlulah jihah sebutkan ye. huhu. terima kasih mama tim sebab belanja kami makan. kenyang sungguh kami.mama tim dan uncle ishak, seboleh boleh melayan tetamu mereka dengan sebaik baik baik baik yang boleh.  hehe. dalam perjalanan ke rumah ph, aku berdebar debar, seakan akan aku nak pergi interview pulak. haha. aku seolah olah tak percaya yang aku akhirnya dapat berjumpa dengan Mama tim sekeluarga dan papa hero sekeluarga.
kami masuk je ke rumah ph , kami disambut gembira oleh kucing kucing ph. ahahaha. belum sempat kami duduk lagi. kami dikerumuni oleh kucing kucing ph.  pening pale jihah nak pegang mana satu dulu. semua comel comel dan manja manja belaka. geram betul tengok diorang ni.  pandai ph dan mh jaga mereka
semua tertarik bila nampak abam iyo. tengok tu sampai 4 orang pegang si hero hati aku mula tersetuh. tapi aku tahan . aku hampir menangis melihat hero yang sangat tabah dalam menghadapi cabaran dan meneruskan hidupnya sebagai kucing berkaki dua. hati aku sebak melihat cara hero berjalan. sungguh aku sangat terharu melihat hero. :'(
 tengok si hector tu. hehe. apelah yang dia tengok agaknya . budak gemuk ni sangat manja tapi dia suka menendang . hehe. cer tengok puyut dia . punyalah besar. PH boley tak aye nak pinjam hector. hehe
yang tengah pegang si jamek tu, sepupu jihah. si Jamek ni tertarik dengan hasnul. hehe. menurut hasnul ni, si jamek ni cium cium seluar hasnul , sampai kedalam kocek pun dia nak cium juga, hahaha. manja betullah si jamek ni.
huhu. cer tengok tu, si hector cium cium kaki jihah. bau apelah agaknya ya. ade bau kaki ke . eiiisshh kau ni hector, kakak cuci kaki tiap hari taw. haha sementara tu , iyo duduk rilek kat depan jihah tu. agaknye dah penat lepas digomol oleh jihah, mama tim dan yang lain lain. kekeke. abam iyo sangat peramah :)
sesi bergurau senda antara lina dan hector telah pun bermula. punyalah si hector ni marah dengan lina, menurut kata ph (ececeh ayat dia) , punca si hector ni marah si lina pasal si lina melanggar muntut si hector. adess terlanggar je pon, jangan lah gaduh gaduh. tak baik woo. huhu. 
hehe. si jamek datang untuk bermanja dengan jihah. dia duduk dekat atas kaki jihah tu. lepastu dia mintak diusap usap.  peramah sungguh si jamek ni. manja manja manja. muahhh sayang awak lah jamek . adesss kenapa muka jihah macam tu sekali
abam iyoo nak manja manja dengan motet . hehe. sambil barang , si hero menjilat jilat kepala opmotet prime. hehe
si jamek bermanja pula dengan mak jihah. ayah jihah pulak melayan abam iyooo. mak dengan ayah suka betul tengok kucing kucing milik ph ni. sebenarnya mak ayah jihah pun dah lama berhajat nak jumpa papa hero dan heronya serta mama tim
huhu. semua dah lepak lepas sekor sekor digomol oleh kami semua. hehehehehe. 
jihah duduk bersama dengan abam iyo yang kepenatan lepas di peluk peluk oleh semua orang. hehe. waktu ni abam iyo baru lepas minum air. 
kami semua khusyuk dengar apa yang ph dan mh katakan. seronok mendengar dan seronok bercerita . jihah sibuk melayan si jamek yang sangat manja. yang lain semua tengah mandi malam. ada jugak yang dah tidur. mungkin kepenatan. kkikiki
mama tim, cuba untuk ambil gambar hector yang pandai berposing (kalau dia ada mood la) . mula mula mama tim susah nak ambil gambar si hector ni. asyik pusing sana pusing sini.  kikiki . last last baru dapat ambil gambar dia
mama tim tunjukkan sesuatu pada jihah. hehe . gambar sikembar tu lah apelagi . se kembar pandai mengedit gambar sendiri. huhu.jihah seronok mendengar cerita dari ph, mama tim juga dari cerita dari diri sendiri. huhh apelah diri sendiri pon seronok nak bercerita. ph, mh dan sikembar sangat sporting. si kembar pulak sangat manja. kembar suka melihat kedatangan mama tim ke rumah mereka. seronok sangat dapat ke rumah ph . ph dan mh melayan kami dengan sangat sangat sangat sangat baik . hehe. sebelum kami mulakan perjalanan pulang ke rumah masing masing, ph main kejar kejar dengan jojo. pastu ph cakap kat jojo
"kejar jihah , kejar jihah, kejar jihah". 
jihah terseyum melihat gelagat jojo dan ph. tapi masa tu , air mata jihah bergenang. tapi jihah tahan. 
jihah ucapkan terima kasih banyak banyak pada Mama Tim, Uncle Ishak, Papa hero, Mama hero dan tak lupa juga pada kembar kerana sudi menerima kedatangan kami . memang hari tu , hari yang sangat menggembirakan jihah. sebenarnya jihah dah lama nak berjumpa dengan iyo, ph,mh,kembar dan mama tim. tapi yelah, masa tak mengizinkan. lagi satu, jihah ingat memang nak berjumpa sangat dengan kak A Hanum Rdzi . tapi akak anum oncall pula malam tu. hummm. tapi tak mengapalah. pasti satu hari nanti kita boleh berjumpa.  terima kasih sekali lagi pada semua kerana buat hari jihah sangat gembira. ph banyak beri kata semangat dan nasihat serta tips pada jihah. insyaallah panjang umur, ada masa ada rezeki, kita semua boleh berjumpa lagi. jihah betul betul sedih sebab nak pisah dengan semua orang dan kucing. 

disepanjang perjalanan nak balik ke salak tinggi. jihah dan family asyik bercerita tentang kucing kucing ph dan mama tim. sampai di satu jalan tu, kereta jihah dan mama tim berpisah arahnya, jihah melambai lambai tangan pada mama tim. hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya hati jihah nak pisah dengan mereka. air mata jihah menitik. jihah sayang pada mereka semua. semoga lepas ni, kita dapat bertemu lagi. 
terima kasih semua :) :) :)))))))))

(maaflah ya jihah tak dapat nak ulas panjang panjang dekat gambar.kepenatan. kalau nak update 2 atau 3 hari lagi dah tak best . hehe)

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...