HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Monday 26 November 2012

doktor haiwan. umm boleh kee ????

Greeting Text
assalammualaikkum. hari ni aku nak bercerita tentang cita cita aku. memandangkan minat aku yang mendalam terhadap haiwan, jadi aku bercita cita untuk menjadi doktor haiwan. aku ni tak lah pandai. tapi start sekarang aku dah mengkaji apa yang patut aku lakukan untuk menjadi doktor haiwan/ vet. aku tak pernah pun terfikir yang aku akan ada cita cita untuk menjadi doktor haiwan. tetapi sekarang alhamdulillah, itulah satu satunya cita cita yang aku impikan.

aku bersyukur sebab aku mengenali 2 orang doktor veterinar yang banyak berkongsi dengan aku tentang cara nak menjadi doctor vet. mereka berdua ni juga idola aku. banyak ilmu yang mereka kongsi dengan aku. yang lelaki tu namanya doc Azeem dan yang perempuan tu namanya doc Marlia. kali pertama aku jumpa diorang di shelter pekan nenas. kali kedua aku jumpa mereka di batu layar ketika kami pencinta haiwan bercamping di situ. macam macam tips yang diberikan oleh doc Marlia. Doc azeem pula banyak ajar aku tentang penyakit haiwan. doc berdua ni merupakan contoh yang patut aku ikut.
di sekolah aku mendapat galakan dari guru dan rakan rakan seperjuangan. cikgu kaunseling pernah cakap kat aku "najihah, dari minat awak ni, saya dah tahu bidang apa yang patut awak ambil bila sambung belajar nanti". alhamdulillah galakan tu semua menaikkan lagi semangat aku untuk menjadi doktor haiwan. di rumah pula aku mendapat galakan dari ibu, ayah dan masyarakat sekeliling aku. tak kurang juga dari saudara mara  dan rakan rakan facebook aku yang juga turut memberi galakan. 

aku ni tak lah sepandai orang lain. mungkin lepas spm nanti aku kena ambil sijil untuk menjadi pembantu veterinar. dan kemudian aku boleh menyambung diploma kesihatan haiwan yang aku impikan. aku akan belajar setinggi mana yang aku boleh. dan kalau diizinkan allah aku nak menjadi doktor haiwan macam doc Marlia dan Doc azeem. abah kata kalau itu minat kau , kau teruskanlah. abah dan mak tak ada halangan. aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada doc mar sebab banyak memberi tips kepada aku. tak kurang juga pada Doc Azeem yang banyak mengajar aku. terima kasih ye doc mar dan doc azeem


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Friday 9 November 2012

miss you all

Greeting Text
 assalammualaikkum dan salam sejahtera.
hari ni aku rasa rindu sangat pada kucing kucing aku yang aku berikan pada orang. aku masih tak dapat nak lupakan kenangan manis antara aku dak kucing kucing aku. aku rasa rindu sangat dengan anis(nama kucing) dan anak anak nya. baru-baru ni aku dengar cerita yang manis dah pergi untuk selama lamanya. sebenarnya aku rasa menyesal sebab aku bagi kau pada orang lain. aku tak pernah lupakan kau manis. kaulah kucing 1 yang aku bela.
aku pun rasa rindu gak ngan manja dan cici . manja kau dah sihat ke. aku rindu pada kau. cici kumbang kau sihat tak. aku harap harap yang kau dan manja sihat sangat, aku dah berusaha dengan pelbagai cara untuk berjumpa dengan kau, tetapi tuan kau yang baru tu ada aja alasannya setiap kali aku nak jumpa kau. aku rindu sangat dengan korang. aku harap korang pandai pandai jaga diri. aku masih tak dapat nak lupakan kenangan terakhir antara kita sebelum kita berpisah 

manja kecik , kau aman ke kat alam sana. aku rindu sangat kat kau. umur kau tak panjang . kau tahu 2 hari lepas kau pergi , kawan baik kau juga pergi atas sebab kematian yang sama macam kau manja kecik. aku masih tak dapat nak lupakan kau. aku harap kau dapat mendoakan kejayaan aku di dunia dan diakhirat, aku jugak harap kau berbahagia di alam sana sayang . aku takkan lupakan kau. 


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Tuesday 6 November 2012

si dia kesayanganku

Greeting Text
assalammualaikkum, salam sejahtera

hari ni tetibe pulak teringat pada 1 kenangan pahit yang memang aku tak pernah lupa bila aku berada kat kawasan tu. setiap kali aku lalu atau masuk ke kawasan tu aku pasti teringat pada si dia. aku masih tak dapat melupakan si dia walaupun sudah 2 tahun berlalu .  kisahnya tentang seekor anak kucing

aku masih ingat lagi waktu tu masih dalam bulan raya (2 tahun lepas) , time tu aku pergi ke surau sebab nak panggil ayah aku balik rumah sebab kawan ayah datang beraya. time tu lepas isyak la. aku sampai je kat surau aku ternampak seekor anakkucing (usia dalam 1 bulan lebih) yang sangat comel, aku pegang kucing tu sambil menunggu ayah aku keluar dari surau. aku usap usap kepala anak kucing tu. dia sangat manja .  waktu aku pegang dia tu tetiba je dia meronta dan dia pun terlepas dari tangan aku, dan lepas tu aku cari dia sebab aku dah niat aku nak bela kucing ni, aku nak bawak balik rumah dan nak mintak izin mak untuk bela kucing tu. puas aku cari cari tapi masih tak jumpa. tetiba aku terdengar suara anak kucing menjerit . suara tu macam suara anak kucing kena langgar. aku cari dan aku dapati anak kucing yang aku baru je pagang telah dilanggar . aku menangis kat situ , aku rasa kalau aku tak lepaskan dia tentu dia takkan mati dilanggar. sampai sekarang aku masih menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. aku lihat kau terketik ketik sebelum mati dengan sepasang mata aku. aku tengok kau nazak kat depan mata aku. aku bukan taknak tolong tanam kau kucing , tapi orang surau yang telah langgar kau tu dah bawa kau ke tempat lain. aku jugak dengar mereka kata kalau kau mati mereka yang akan tanam kau. waktu tu satu badan aku menggeletar sambil teresak esak menangis.lepas tu aku terus naik basikal sambil menangis sebab aku rasa bersalah sangat maafkan aku meow. maafkan aku. kalau bukan disebabkan aku pasti kau takkan pergi . disaat ni aku masih tak dapat melupakan kau meow. aku harap kau akan tenang di alam sana 

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...