HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Monday, 26 November 2012

doktor haiwan. umm boleh kee ????

Greeting Text
assalammualaikkum. hari ni aku nak bercerita tentang cita cita aku. memandangkan minat aku yang mendalam terhadap haiwan, jadi aku bercita cita untuk menjadi doktor haiwan. aku ni tak lah pandai. tapi start sekarang aku dah mengkaji apa yang patut aku lakukan untuk menjadi doktor haiwan/ vet. aku tak pernah pun terfikir yang aku akan ada cita cita untuk menjadi doktor haiwan. tetapi sekarang alhamdulillah, itulah satu satunya cita cita yang aku impikan.

aku bersyukur sebab aku mengenali 2 orang doktor veterinar yang banyak berkongsi dengan aku tentang cara nak menjadi doctor vet. mereka berdua ni juga idola aku. banyak ilmu yang mereka kongsi dengan aku. yang lelaki tu namanya doc Azeem dan yang perempuan tu namanya doc Marlia. kali pertama aku jumpa diorang di shelter pekan nenas. kali kedua aku jumpa mereka di batu layar ketika kami pencinta haiwan bercamping di situ. macam macam tips yang diberikan oleh doc Marlia. Doc azeem pula banyak ajar aku tentang penyakit haiwan. doc berdua ni merupakan contoh yang patut aku ikut.
di sekolah aku mendapat galakan dari guru dan rakan rakan seperjuangan. cikgu kaunseling pernah cakap kat aku "najihah, dari minat awak ni, saya dah tahu bidang apa yang patut awak ambil bila sambung belajar nanti". alhamdulillah galakan tu semua menaikkan lagi semangat aku untuk menjadi doktor haiwan. di rumah pula aku mendapat galakan dari ibu, ayah dan masyarakat sekeliling aku. tak kurang juga dari saudara mara  dan rakan rakan facebook aku yang juga turut memberi galakan. 

aku ni tak lah sepandai orang lain. mungkin lepas spm nanti aku kena ambil sijil untuk menjadi pembantu veterinar. dan kemudian aku boleh menyambung diploma kesihatan haiwan yang aku impikan. aku akan belajar setinggi mana yang aku boleh. dan kalau diizinkan allah aku nak menjadi doktor haiwan macam doc Marlia dan Doc azeem. abah kata kalau itu minat kau , kau teruskanlah. abah dan mak tak ada halangan. aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada doc mar sebab banyak memberi tips kepada aku. tak kurang juga pada Doc Azeem yang banyak mengajar aku. terima kasih ye doc mar dan doc azeem


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...