HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Thursday, 14 March 2013

HUKUM MEMEGANG ANJING DAN CARA MEMBERSIHKANNYA

Greeting Text

assalamualaikkum , hari ni aku cuma nak berkongsi tentang hukum memegang anjing. aku dapat sumber ni dari page JAIS

PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /
MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan
najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air
bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
menyalahi hukum Islam.
3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara
keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.
3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa alHaram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai
binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi
S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara
anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari
pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang
mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim. 
ini pulak cara nak bersihkan tubuh selepas terkena atau memegang najis mughalazzah. sumber dari JAKIM


Dari Abu Hurairah r.a katanya:Bersabda Rasulullah s.a.w;Membersihkan bejana yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah."Huraian Hadith: Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampurkan dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.


p/s : kesimpulannya memegang anjing tu tak haram, tapi selepas pegang atau terkena najis atau dijilat anjing , perlu disamak dengan cara yang telah diterangkan. sekian.

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

8 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Tapi kalau boleh elaklah dari bersentuhan dengan anjing ni... huuuuu

umie said...

info yg menarik..salam perkenalan..:-)

SITI NAJIHAH PAWIRA said...

@umie salam perkenalan juga :)

muhammad rifaah said...

bagus infonya, susah juga nak jaga kesucian rumah, walaupun boleh buat nak jaga keamanan rumah, kena banyak fikir panjang nak jaga tu. apa2 pun terima kasih, teruskan usaha anda

Ana Farhana said...

sharing is caring.. love animals yaws ;)

Iha Zaliza said...

info yang menarik.. tapi tu la ramai artis yang salahfaham, suka jadikan anjing sebagai pet diorang..

Samsudin Jidin said...

Ada tempat istimewa di sisi Allah bagi orang yang mengambil berat tentang makhluk Allah yang lain.

Mybabah.blogspot.com

Anonymous said...

Klau ada video tunjukkan cara basuh lagi cantik!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...