HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Saturday, 16 March 2013

KISAH SEORANG PELACUR MASUK SYURGA KERANA ANJING

assalammualaikkum. aku nak tanya pernah tak sesiapa terbaca atau pernah dengar tentang seorang wanita
pelacur diampunkan segala dosanya kerana dia memberi minum kepada seekor anjing yang hampir mati .


diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "[Shahih al-Bukhari – no:3467]

subhanallah, alangkah pengampunnya Allah. wanita pelacur itu dimasukkan ke syurga kerana 'beri anjing minum' sahaja. tetepi manusia sekarang. bila mereka nampak seorang islam memberi anjing makan atau minum, pasti ada saja yang mengutuk dan yang tak kena. buktinya , perkara ini sendiri terjadi pada aku dan pencinta haiwan yang lain. aku tak minta dipuji. seterusnya pula , aku nak berkongsi tentang seorang wanita yang masuk neraka kerana tidak memberi kucingnya makan
                                                  
Rasulullah S.A.W. bersabda, ''Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah."[Shahih al-Bukhari – no:3318]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
kesimpulannya , aku nak tekankan di sini, beri makan atau minum pada anjing bukanlah suatu dosa. malah ia menjadi pahala. ubahlah pemikiran dan tanggapan anda terhadap anjing. mereka juga makhluk Allah yang mempunyai hak untuk hidup dan dikasihi di dunia ini. ingatlah, satu kezaliman yang anda lakukan kepada haiwan ciptaan Allah ini, anda tangungglah sendiri akibatnya. bagi yang masih ragu ragu tentang hukum memegang anjing. korang boleh baca pada entry HUKUM MEMEGANG ANJING DAN CARA MEMBERSIHKANNYA. tekan pada huruf yang di boldkan tu. fikir fikirkanlah apa yang aku kongsikan ini. sekian saja . 
sumber hadis dari blog : IBNU MUSLIM

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

6 comments:

leesa leesaadleesa said...

sy pon suka kucing..geram ase tgk kucing tuu...!

Shaza Amani Hidayah said...

Salam kenal

Salah satu sifat terpuji menyayangi binatang....
Alhamdulillah kagum dgn awk

Hit me http://groovyfashionshop.blogspot.com

cheqna said...

berbuat baik pada binatang pasti ada ganjarannya
salam kenal n ziarah =)

cynta ieda said...

done follow sini..singgah petang

haffizmohdnoor said...

alhamdulillah.. very adorable story :)

Hamizah Jamaludin said...

betol tu..kadang2 benda macam ni yang akan membantu kita nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...