HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Wednesday, 24 April 2013

TUAH KUCING BARU AKU

assalammualaikkum semua. apa kabar. hehe. hari ni aku nak cerita tentang kucing baru aku.
nama kucing ni Hang Tuah sebab maksud Hang tu kau , maksud Tuah tu sebab dia bertuah nyawa dia dipanjangkan oleh Allah. mula mula aku bertemu dengan dia begini ceritanya :

petang hari isnin lepas 22 april 2013 , abah aku baru balik dari kerja. lepastu bila abah matikan je enjin kereta tetibe ada suara anak kucing yang menjerit jerit. aku dah panik sebab aku fikir abah langgar anak kucig milik jiran aku. aku cari cari kat tayar tapi takde. rupaya anak kucing tu berada kat tayar spare yang terletak kat bawah kereta abah. aku tertanya tanya, dari mana datangnya kucing tu.
aku terus tanya abah , abah aak kucing mana abah bawak ni. abah jawab , abah pon tak tahu dari mana dia ikut abah aku balik. bayangkan 15 minit si tuah berada kat bawah kereta abah tu. dibuatnya kalau dia terjun waktu abah tengah drive, tak ke melayang nyawa dia. adess. pada mulanya abah tak nak bela si tuah ni. tapi abah nak kasi kat makcik. tapi aku desak jugak , aku nak bela si tuah. malam semalam aku nangis sebab aku tak sanggup nak kasi tuah kat orang lain.  akhirnya abah ngan mak izinkan aku bela si tuah. hehehe. dekat badan si tuah ni ada banyak kuping kering, jadi aku cabut sikit sikit , lepastu aku letakkan ubat,

hari ni hari ketiga aku bersama dengan tuah. si tuah ni pandai ke tandas sendiri. aku tak ajar dia pun. bagus betul si tuah ni. dalam bulan ni atau bulan depan aku akan hantar si tuah pergi vaksin. ececeh. si tuah ni suka dengan anak patung tu. kat rumah aku ni si tuah sedang berbaik baik dengan clouby kucing yang aku ambik dari jiran aku tu. satu sifat dia yng paling manja sangat sangat, bila dia nak tidur aku kena tepuk tepukkan badan dulu . dah macam bayi dah. kakaka. selagi dia tak puas dia takkan tidur. dan sebelum tidur jugak dia kena peluk patung kesayangan dia tu dulu. alahai manjanya kau ni tuah oiii. kawan kawan semua tolong doakan kesihatan untuk si tuah ni ya. aku sayang sangat pada si tuah. :) . sekian saja untuk hari ni. wassalam



JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

3 comments:

Perttzyana Alpah said...

manja dia ek hihi siap tepuk badan nak tido

luqman zakaria said...

hehe tuah yg bertuah sbb dpt owner yg penyayang..huhu

siti najihah pawira said...

@Perttzyana Alpahhaah . sebelum tidur kena tepuk tepuk dulu. kalau tak dia tanak tidur. hhehe . mulut dia bising kalo kita tak tepuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...