HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Tuesday, 14 March 2017

PENGALAMAN PAKAI BRACES




Assalammualaikum semua. apa khabar ?. dah lama rasanya jihah tak update blog ni. haihhh, lama sesangat sangat la rasanya. okay, harini jieha nak share sikit pengalaman jihah memakai braces. yes, braces ataupun lebih dikenali sebagai pendakap gigi. actually, jieha dah lama sangat nak pakai braces sebab gigi jiehah berterabur dan senget. tapi disebabkan kos untuk pemasangan braces ni yang agak tinggi. jiehah tangguhkan dulu niat tu.

sebab kedua jieha nak pakai braces adalah, jihah rasa kurang keyakinan diri disebabkan gigi jieha. teringat masa sekolah dulu. hari hari kene ejek, kena buli kena hina dengan bebudak lelaki kat sekolah sebab keadaan gigi jieha yang tak teratur. And bila benda macam ni terjadi, of course la jieha punya self confidence jadi kurang . masa awal awal sambung belajar dulu pun. jieha malu sangat nak buat presentation depan kawan sekelas yang lain. sebab apa? sebab jieha takut perkara yang jadi kat sekolah dulu, terjadi sekali lagi kat sini.

dalam hujung tahun 2016 iaitu dalam bulan disember, jieha dah berazam yang jieha nak kumpul duit untuk pasang braces. aceceh, konon kononnya azam tahun baru la kan. and sebenarnya, jieha ada buat kerja part time dekat satu restoran yang bernama NASI AYAM CASPER. setiap kali jieha tak ada kelas, jieha akan pergi keje, jadi, melalui duit gaji jieha kerja lah jieha simpan untuk dijadikan duit deposit. ehem ehem, nak promote sikit ni, kalau korang nak makan nasi ayam ke masakan panas ke, korang boleh lah try makan kat kedai ni. masakan memang terbaik. lokasi: lembah sireh, kota bharu, kelantan. ataupun korang boleh je search kat facebook : NASI AYAM CASPER. (try tau jangan tak try)


berbalik kepada cerita, maka bermulalah segala kajian yang dilakukan melalui bantuan encik google dan cik facebook. puas survey kat klinik pergigian yang ada kat fb. akhirnya hati tergerak nak tengok satu klinik pergigian yang jieha tak pernah tahu pun kewujudannya. padahal klinik gigi ni takdelah jauh mana daripada rumah. yelah, jiehah kan anak perantauan, jadi segala benda pembangunan yang terjadi kat johor pun jiehah tak tahu.

KLINIK PERGIGIAN PULAI : itulah nama klinik yang terkeluar melalui search di facebook. bila tengok pulak yang admin page tu ada post tentang promosi pemasangan braces, apa lagi. jiehah cepat cepat lah PM diorang sebab nak sangat pasang braces. 

1. perkara yang kena buat sebelum pasang braces:

dah tentu lah korang kena survey dulu kat klinik gigi mana yang korang nak pasang braces tu. lepas dah jumpa klinik mana. korang kene buat appointment untuk jumpa dengan DR dulu. macam jiehah, jiehah pasang braces di KLINIK PERGIGIAN PULAI,



2.apa yang DR buat masa appointment pertama? :

- masa appointment pertama tu, DR buat check up pada struktur gigi. masa tu DR akan bagitahu berapa anggaran untuk kos pemasangan braces. masa tu juga DR bagitahu kita tentang jangkamasa kita mungkin perlu pakai braces. untuk kos braces jihah dalam rm 3+++.00 . jiehah pasang braces pada gigi bahagian atas dan bawah. masa ni juga DR bagitahu yang jiehah perlu buat OPG X-RAY di klinik lain. 

inilah contoh gambar mesin untuk OPG X RAY


3. kos pemasangan braces tu kena bayar habis ke masa pemasangan braces tu ? :

- nope. kebiasaannya, korang perlu sediakan duit untuk deposit pemasangan braces je dulu. dan baki selebihnya yang korang hutang tu. korang perlu bayar setiap kali korang datang untuk appointment.

4. lepas dah appointment pertama tu kena buat apa ?

- masa appointment kedua jiehah haritu, DR buat mould atau acuan gigi. tujuan acuan gigi tu dibuat. DR nak buat tahu samaada gigi kita ni ada perubahan atau tak selepas pakai braces. rasa mould tu takdelah memualkan. cuma masa DR nak tanggalkan mould tu lepas mould tu mengeras kat gigi, jiehah rasa dengan gigi gigi jiehah sekali nak tercabut. wahahaha. tapi jangan risau. sebab tak sakit pun. DR akan buat selembut yang dia mampu. lepas siap buat acuan gigi, DR buat scaling pulak atau cuci gigi. 

5. kena cabut gigi tak? :

hehe. alhamdulillah, jiehah tak merasa kena cabut gigi. tapi kebanyakan orang lain kena cabut gigi. berapa batang kena cabut tu bergantung pada keadaan gigi korang. alhamdulillah, terlepas satu penyiksaan. hahaha. so, sesiapa yang bercadang untuk pakai braces tu, bersedialah lah.hehehe

6. kenapa banyak sangat appointment baru jiehah boleh pasang braces :

- sebabnya jiehah ni study jauh dari tempat jiehah nak pasang braces. jiehah study dekat kelantan. tapi pasang braces dekat johor. sebab tu jiehah perlu buat banyak appointment dengan DR sebab jiehah balik johor sekejap sekejap je. 

7. appointment ketiga:
-akhirnya, masa yang jiehah nanti nantikan telah tiba. cehhh, skema betul ayat aku. haha. so, pada 28 januari 2017 , bermulalah hari hari dengan braces. haih, time tunggu turn tu, memang dah berdebar debar dah sebab takut. tak lama lepastu, jiehah masuk bilik treatment untuk pemasangan braces. masa tu jiehah datang ke klinik tu dengan abah. tapi abah kata , abah nak tunggu kat luar je. masa tu pening pulak rasa bila pembantu DR tu tanya. nak getah warna apa. tetiba pulak jiehah nampak warna merah. apa lagi. amik lah warna merah. dalam 40 minit lepas tu, siap lah proses pemasangan braces. lepas siap pasang tu, DR ajar cara berus gigi semua lah. DR yang pasang braces jiehah memang buat dengan lemah lembut sangat. serious, memang tak menyesal lah dapat servis dari klinik ni.
taraaa, ini lah wajah baru selepas ber braces. braces warna merah kauu. haha
8. sakit tak pakai braces? :

-masa mula mula tu memang rasa macam pelik. sebab ada benda kat dalam mulut. maka bermulalah penyiksaan. tak lama lepas braces dah selesai dipasang. jiehah dah mula rasa yang gusi and gigi gigi jiehah sakit. huwaaa, memang menahan je la. nak makan nasi? jangan la berharap yang korang boleh makan nasi masa hari pertama lepas pasang braces yer. even gigi bergesel antara gigi yang lain pun dah terasa sakitnye, inikan pulak berangan nak makan nasi. huwaaa menyesalnye tak makan dulu sebelum jumpa DR pagi tu. haha. maka, bermulalah hari hari ku bersama bubur. wahaha. telan je la bubur sebab memang langsung tak boleh nak mengunyah. paling tak tahannya, selama seminggu jugak laa jiehah tak boleh nak makan nasi.

sekarang ni alhamdulillah, jiehah dah sebulan lebih pakai braces. memang nampak juga perubahan pada gigi. pada 2 mac 2017 haritu jiehah ada appointment bulanan dengan DR. masa tu doctor tanya. ada apa apa masalah ke. pastu jiehah jawab la "DR, saya rasa kan wire kat gigi ni macam bengkok la. sebab saya makan ganas sangat". tergelak kecil DR tu. masa appointment tu, DR akan tukar getah dan wire braces yang baru. so masa tu, jiehah pilih nak warna hitam. tetiba pembantu DR tu tanya. awak tak nak campur warna ke. haha. jiehah tanya pulak. ehh, boleh ehh. apelagi belasah le amik warna hitam dan biru. hahaha. 
hehehe. ni gambar dengan braces warna hitam + biru 

fuhh, letih rasanya menaip panjang panjang. hope dapat la serba sikit bantu korang yang baru bercita cita nak pasang braces ya. and one more thing, please please please, pastikan korang dapatkan rawatan braces daripada doktor doktor pergigian yang bertauliah. sebab korang sendiri pun tahu kan yang fake braces boleh memudaratkan diri korang sendiri. ianya sangat bahaya.sehingga bertemu lagi di episod yang akan datang. ehh salah salah. bertemu lagi di cerita yang akan datang. hahaha. tataa. bye. assalammualaikum 

link facebook KLINIK PERGIGIAN PULAI
(Lokasi : pulai perdana 2, skudai, johor bahru)
no phone : 019- 7076189
(p/s: kat klinik ni korang boleh dapatkan macam macam rawatan taw)










JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...