HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Wednesday 12 December 2012

BUYONG SI BURUNG TIUNG

Greeting Text
assalammualaikkum. kali li aku nak berkongsi cerita mengenai seekor burung tiung yang mengajar aku erti kasih sayang yang sebenarnya. macam ni ceritanya :

satu pagi tu di bulan ogos pada tahun 2009 aku bangun dalam pukul 8 sebab pagi tu kat sekolah ada aktiviti kemuncak kokurikulum. aku bangun je tido , mak terus cakap mak tak bagi aku pergi coz hari tu aku demam sebenarnya. so aku duduk je lah rumah. sedang aku syok tengok tv tiba tiba mak panggil aku sebab mak ternampak seekor anak burung yang hampir jatuh dari atas ni :
jadi bila burung tiung tu dah nak jatuh tu aku pun sambut la burung tu. nasib baik tak jatuh ke bawah. puas aku cari mak ayah burung tiung yang adik aku beri nama Buyong tu. waktu tu aku memang tak amek gambar buyong coz waktu tu gambar tak penting bagi aku. setiap kali buyong bising aku bagi buyong makan roti dan kadang kadang dia gigit tangan aku. aku sayang dengan buyong. setiap hari juga aku akan letak buyong di depn rumhah supaya kalau mak ayah dia datang diorang nampak anak dia. tapi berhari hari aku tunggu masih tak datang datang. setiap malam pulak aku akan ajar buyong terbang coz waktu dia terjatuh tu mungkin dia baru je menetas. hampir seminggu aku mengajar buyong untuk terbang. 

satu pagi tu aku dah bersiap siap untuk ke sekolah. tetiba je aku terdengar bunyi burung tiung bising dekat depan rumah. jadi aku pun keluar nak tengok ape yang terjadi. rupanya mak dan ayah buyong datang mencari buyong.  walaupun aku terlalu sayang dengan buyong tapi aku tak sanggup nak bela buyong untuk selamanya. dia perlukan kebebasan. jadi hari tu aku dah bersedia untuk membebaskan buyong. sebelum buyong pergi ibu bapanya datang duduk di sebelah aku sambil mulut mereka tak berhenti membuat bising. air mata aku dah mula bergenang sebab lepas ni aku takkan dapat jumpa buyong lagi. dan lepas tu . mereka berdua duduk di sebelah anak mereka dan cuba untuk mengajar anak mereka terbang, tapi masih tak boleh.

yang mengharukan aku , bukan hanya ibu bapa buyong saja yang datang ke rumah aku. tetapi ada berpuluh puluh ekor burung (yang ada warna hijau+kuning+biru) yang mengelilingi rumah aku. subhanallah aku sangat terharu. burung tiung juga banyak berkumpul di depan rumah aku. aku rasa sangat terharu sehingga menitik air mata . tak lama lepas tu aku ambil buyong aku letakkan buyong dia atas 2 jari (jari telunjuk dan jari hantu) aku. lepastu aku cuba mengajar buyong untuk terbang buat kali terakhir. akhirnya buyong berjaya terbang. sebelum buyong terbang jauh dari aku, dia hinggap di atas pokok pelam jiran aku. dan lepastu dia buat bising. dan lepastu baru buyong pergi meninggalkan aku. 

hanya allah yang tahu betapa sedihnya aku nak berpisah dengan buyong meskipun dia hanya seekor burung tiung. aku menangis bagaikan hilang benda yang berharga. ada 2 orang jiran aku tak bagi aku lepaskan buyong tsebab mereka nak bela, tapi aku tak izinkan. aku cakap pada dua orang jiran aku tu yang burung tu jugak perlukan kebebasan. sampai sekarang aku masih ingat pada buyong. sejak hari aku lepaskan buyong tu. setiap minggu ada seekor burung tiung ni akan datang ke rumah aku dan dia akan membuat bising. dan setiap kali burung tiung tu datang aku akan keluar rumah aku jumpa dengan burung tu. aku pasti yang burung tiung yang datang setiap minggu tu adalah burung yang sama

aku selalu tanya pada mak "mak, mungkin ke burung tiung tu adalah Buyong. kalau betullah dia kenapa dia datang ke sini." walaupun dah dekat 3 tahun buyong pergi dari aku, aku tetap ingat pada buyong. buyong dan ajar aku erti kasih sayang yang sebenarnya. dia juga dah mengakar aku tentang erti kebebasan. selamat tinggal buyong :'(



JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...