HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Friday 14 December 2012

BELANG SI KUCING JALANAN

Greeting Text
aku sekadar ingin berkongsi kegembiraan aku melihat seekor kucing jalanan yang liar boleh menjadi manja dengan aku

assalammualaikkum, hari ni aku nak berkongsi cerita mengenai si belang kucing jalanan. petang tadi aku ternampak si belang dekat belakang umah. si belang ni sangat liar dan susah nak dipegang. jadi si belang nimintak aku makan. jadi aku pun ambil makanan kucing aku pun bagilah pada si belang. mungkin disebabkan kelaparan si belang mintak tambah lebih 4 kali. mungkin pada orang lain si belang ni jahat, kotor , busuk dan macam macam. tapi pada aku si belang adalah seekor kucing yang sangat baik dan bersih. mula mula si belang datang pada aku , aku tak mahu sentuh dia sebab aku takut dia lari. dah lama lepas tu baru aku berani sentuh dia sebab aku tengok si belang macam dah tak berapa takut.
aku mula usap usap kepalanya, kemudian aku beri dia makan lagi. lepas si belang dah kenyang. si belang tiba tiba datang pada aku. dia melesey leset dekat aku. subhanallah aku sangat gembira tengok si belang yang sebenarnya sangat manja. aku hampir menangis tapi aku tahan. si belang minta aku meribanya. waktu aku meribanya si belang tidur di atas riba aku. aku usap badannya. aku cakap pada belang "belang, adakah kau kehausan kasih sayang dari seorang manusia" kemudian si belang mengiau. aku tertanya tanya adakah memang benar si belang sangat dahagakan kasih sayang. aku dia tidur dia atas riba aku agak lama. 
inilah gaya belang ketika dia sedang tidur di atas riba aku. ya allah kau lindungilah belang ya allah. si belang yang selama ini liar , rupanya sangat manja apabila kita berniat baik untuk mendekatinya. setiap kali aku bercakap dengannya, si belang pasti akan menjawab dengan mengiau. jam 6.30 petang swaktu aku sedang main dengan belang, tiba tiba hujan pun turun. si belang yang sangat bijak terus mencari tempat perlindungan di belakang rumah aku
selepas itu belang terus tidur. aku sangat gembira kerana akhirnya aku dapat mendekati si belang. aku dapat cium, belai dan peluk si belang sepuas hati aku. aku mula rasa terlalu sayang pada belang. belang, belang jangan risau ya, selagi kakak ada ,kakak akan lindungi, sayangi dan perhati belang. kakak takkan biarkan belang tersiksa. 
 
aku nak tanya kepada sesiapa yang terbaca entry ni. apa yang korang dapat lihat dari wajah si belang ni. adakah dia gembira atau sedih. sebenarnya bukan si belang saja yang rasa seperti apa yang korang lihat. tetapi beribu ribu, malah mungkin juga berjuta juta rakan rakannya rasakan banda yang sama. ayuhlah sama sama kita selamatkan rakan rakan si belang yang lain. cukuplah dengan siksaan yang mereka lalui selama ini. 


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...