HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Sunday, 13 January 2013

SI TOMPOK KUCING JALANAN

Greeting Text

 
          Satu petang tu petang tu aku, mak dan abah pergi ke klinik. waktu abah ada dekat dalam klinik aku ternampak seekor anak kucing yang sangat comel.aku turun dari kereta sebab aku nak main dengan anak kucing tu. Aku suka warna kucing tu. Kekeke. jadi aku panggil kucing ni tompok. Tompok ni kucing betina.
 
          Dia datang dekat aku dan mengiau mintak makan. Tapi masa tu aku memang terlupa nak masukkan makanan kucing dalam kereta. Jadi aku bagi kucing ni makan roti yang aku makan. Kucing ni manja sangat dengan aku. dia ajak aku main dengan dia. Mungkin juga dia mengharap sangat aku bawa dia balik rumah. tapi waktu tu aku dalam perjalanan balik ke kampung aku dekat Kluang , jadi aku tak dapat nak ambil kucing ni.
 
          Waktu aku tengah bergurau dan main dengan tompok, orang yang lalu lalang semua tengok aku macam pelik. Tapi aku tak kisah pun apa yang mereka fikir pasal aku sebab aku tahu kucing jalanan macam tompok ni kurang kasih sayang daripada manusia. Pada pandangan aku tak salah kalau kita luangkan sedikit masa untuk memberikan kasih sayang kepada kucing jalanan macam tompok ni.
          Tompok datang pada aku untuk mintak dimanjakan, dekat 15 minit juga aku bergurau dengan tompok. Datang sorang kakak ni pada tompok. 
 tu bawa makanan kucing dan bagi tompok makan. Alhamdulillah, rupanya kakak tu beri tompok makan setiap hari dekat depan kedai tempat dia bekerja itu. Habis saja makan tompok pun pergi jauh dari aku. mungkin dia nak berjalan-jalan .
 
          5 minit lepas tu kakak yang bagi tompok makan tu datang semula untuk ambil baki makanan yang tinggal. Sebelum kakak tu masuk semula ke dalam kedai aku sempat cakap terima kasih sebab kakak bagi kucing tu makan. kakak tu balas dengan senyuman. Aku bangga dengan sikap kakak tu. Aku harap masih ramai lagi manusia yang bersikap macam tu terhadap haiwan. Semoga Allah melindungi kakak tu. Aku juga harap agar tompok sentiasa sihat di sana.






JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

1 comment:

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

alhamdulillah ada lagi insan yang baik hatinya... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...