HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Friday 1 February 2013

AKIBAT KUCING STRESS

Greeting Text

assalammualaikkum,kucing kat bawah ni namanya clouby. ok sebelum apa apa, aku minta pada sesiapa yang baca entry ni , jangan comment yang negatif pada owner dia yang lama. tujuan aku cerita tentang clouby ni sebab aku nak beritahu apa bahaya stress pada haiwan korang,  cuba tengok apa yang jadi pada hidungnya. hidung dia cedera sebab dia cederakan diri sendiri sebab stress. jangan tanya kenapa dia stress sebab aku tanak citer. dah hampir seminggu aku bela, sebelum dia dia ada owner lama, tapi disebabkan kucing ni dah sakit , owner dia dah tanak bela dan nak kasi clouby kat orang lain. jadi mak aku tak sampai hati nak biarkan clouby ni terus jadi camni. mak aku ambil keputusan untuk bela clouby ni.
                                      
dah hampir seminggu aku jaga clouby , alhamdulillah dia dah mula nak makan dan minum. kalau sebelum ni clouby langsung tak nak makan dan minum sebab hidung dia berdarah dan sakit. kalau dulu clouby ni muka dia nampak macam kesedihan, tapi alhamdulillah sekarang clouby semakin ceria. aku pun gembira. kakakaka. cuma luka pada hidung dia ni baru nak mengering. tiap hari aku letak ubat pada hidung dia ni. bahaya sebenarnya kalau korang korang korang membuat kucing atau haiwan peliharaan korang menjadi stress. ni aku nak pesan, pada sesiapa yang selalu buat haiwan korang sampai stress tu jangan sampai satu hari nanti korang menjadi pembunuh haiwan bila diorang terlalu stress dan mencederakan diri mereka sendiri sampai haiwan peliharaan korang tu MATI. ada paham. 

                                      
dekat facebook ramai yang menasihati aku supaya jaga clouby ni sampai ke akhir hayat dia. aku dah berjanji pada diri aku dan pada semua orang yang aku  akan jaga clouby sampai ke akhir hayat dia. sakit macammana sekali pun aku takkan lepaskan tanggungjawab aku sebagai tuan kepada clouby. aku yang akan bertanggungjawab kalau sesuatu berlaku pada clouby. sebenarnya clouby ni kucing tua. umurnya sudah 3 tahun lebih. menurut nasihat orang yang merawat clouby, sebenarnya dia ni perlukan kasih sayang . dia minta dibelai dan minta dimanjakan. dan alhamdulillah , clouby kini semakin manja dengan aku dan keluargaku. bagi sesiapa yang terbaca entry ni. aku ulang, jangan komen yang negatif kepada owner dia yang lama. tapi sebaliknya doakanlah clouby cepat sembuh. aku minta doa semua.       
                                        

buat clouby dariku:

aku akan menjagamu sehingga akhir hayatmu . 
aku akan menjagamu dengan penuh kasih sayang.
kau tak usah bimbang sayang,
kerana disini kau akan sentiasa disayang
:)

pada rakan rakan jangan lupa doakan clouby cepat sembuh ya . assalammualaikkum semua :)




JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

1 comment:

Unknown said...

comelnya .. :) semoga clouby cepat sembuh syg :) hihi .. im followers yg ke 101 :) http://ayundaibtisam.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...