HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Wednesday, 31 July 2013

TRAP NEUTER & ADOPT AT PANDAN CITY

assalammualaikkum semua. harini jihah nak berkongsi keseronokan jihah menyertai aktiviti menyelamatkan kucing pada 30 jun 2013 di sebuah tempat di Johor Bahru.

Pagi tu, jihah bangun dengan penuh semangat. jihah rasa sangat gembira sebab akhirnya, hari yang jihah tunggu tunggu telah pun tiba. pagi tu , jihah akan mengikuti satu aktiviti menyelamatkan kucing di Pandan City, Johor Bahru. aktiviti ni dinamakan "TRAP,NEUTER AND ADOPT" (TNA) . ok. tujuan aktiviti ni diadakan adalah untuk menyelamatkan kucing kucing jalanan di sana. selepas kucing kucing ditangkap, mereka akan ditempatkan di sebuah shelter yang mana lokasinya dirahsiakan.

aktiviti ini dianjurkan oleh Wira Fans Club. di shelter kucing kucing ini diberikan rawatan dan selepas itu baru dibuka untuk adoption. jihah sertai aktiviti ni bersama dengan mak. pada mulanya abah nak ikut, tapi disebabkan abah ada hal. abah terpaksa batalkan niat abah tu :'( .

kami singgah ke kedai untuk membeli makanan kucing untuk diberi kepada kucing kucing di Pandan untuk dijadikan umpan. sesampainya aku di kedai mak tiba tiba panggil jihah. mak tunjukkan jihah bangkai seekor kucing yang mati dilanggar. bangkai tu betul betul berada di hadapan kedai tempat aku nak beli makanan kucing tu. mak minta tolong pekerja kedai tu tanamkan, tapi mereka langsung tak layan mak . lepastu mak mintak plastik dan jihah angkat kucing tu untuk dibawa balik ke rumah. bangkai tu, abah tolong tanamkan di belakang rumah.
inilah gambar kucing tu . ;'( . sangat sedih. lepastu kami meneruskan perjalanan ke Pandan City. kami sampai di sana dalam jam 8:45 pagi. pada masa tu , adik dan ayah jihah masih ada di sini untuk tolong angkat angatkan barang. tiba tiba adik jihah panggil jihah, dia kata , dia terjumpa anak kucing dekat dalam longkang . dia cuma daat tangkap seekor anak kucing je. yang seekor lagi takut. selepas adik jihah dan ayah balik. jihah cuba tangkap seekor lagi anak kucing tu, akhirnya berjaya. inilah hasilnya.
si ibu kucing dan anaknya yang berjaya ditangkap oleh jihah dan adik.
jihah ada bawak sangkar kepunyaan jihah untuk diberi pinjam . jihah turun je dri kereta, jihah terus turunkan sangkar tu. masa tu. ada juga kucing kucing yang datang minta makan.

korang nampak tak kucing yang ada 3 warna tu. kucing tu paling bagus. nak kata kelakar mungkin kelakar sikit la kucing tu. nak tahu apa dia buat. masa tu jihah baru je bukak pintu sangkar tu, si kucing tu datang dan dia terus masuk kat dalam sangkar. hahahaha. belum apa apa lagi, kucing ni dah menyerah diri. korang agak agak kenapa dia menyerah. fikir sendiri lah ye. kesemua kucing kat dalam tu, jihh yang tangkap hasil kerjasama dengan mak. masa ini sukarelawan yang terlibat, masih ramai yang belum sampai. jadi jihah ni yang dah start dulu. ekekeke.

setelah ramai sukarelawan yang sampai. kami mula dipecahkan kepada beberapa kumpulan. jihah dan mak masuk dalam kumpulan D. kini bermulalah pencarian kami. ecececeh. hehe. hasilnya banyak ucing yang kami dapat tangkap.

kak jue melihat kerenah si bulus bulus
cer tengok tu. kreatif tak para sukarelawan semua. mereka gunakan alternatif lain kerana sangkar semuanya sudah penuh. kreatif rupa rupanya semua sukarelawan ni kan.


 proses memindahkan si bulus bulus
 haaahh ni lah hasi yang kami dapat.
banyak kan hasilnye. hehehe. ada antara kucing yang kami selamatkan mengalami kecederaan. contohnya kucing di bawah ni. kucing ni mengalami kecederaan di bahagan ekornya. aduss . bayangkan kesakitan yang terpaksa si meow ni tanggung. 
selain meow ni, ada sukarelawan yang terjumpa seekor anak kucing di dalam longkang.
ketika diberi makan, anak kucing ni dilihat macam kucing kelaparan. lepas makan je, anak kucing ni minta dipeluk. didalam pelukan, si anak meow ni tidur dengan lenanya. sukarelawan cuba mencari ibunya, malangnya, kami tak dapat jumpa ibunya. bila mak letak anak meow ni dalam kotak , dia mula bising. lepas mak peluk , dia diam semula, sedih melihat keadaan anak kucing ini
menurut doc marlia, kucing ni kaki belakangnya patah. kucing ni sangat manja. 
ni gambar mak sedang menjaga bulus bulus di dalam kandang. macam macam aksi yang sukarelawan buat semata mata nak menyelamatkan kucing kucing ni. jom kita tengok aksi aksi mereka


aktiviti TNA ni selesai kira kira jam 2 petang. kami dapat menangkap 200 ekor kucing. kebanyakan kucing yang kami tangkan berjantina BETINA. Alhamdulillah, dengan kerjasama dari semua sukarelawan dan pihak penganjur , program ni berjalan dengan lancar. dengan kerjasama juga, jihah dan mak langsung tak rasa penat. tapi gembira sebab dapat bantu mereka semua. selepas ni, mereka semua akan memulakan kehidupan yang baru tanpa perlu lagi digelar sebagai "kucing jalanan", tanpa lagi diseksa, tanpa lagi dihina dan dicerca. hati aku mula sebak dan sedih kerana aktiviti ni dah hampir tamat. :'(

jom kita tengok , gambar gambar kucing kucing ni di shelter .





Alhamdulillah, aktiviti kami mendapat liputan dari pihak media dan akhbar. jhah turut diinterview oleh pihak akbar. 
pihak penganjur memerlukan sumbangan ikhlas dari segi kewangan dan lain lain untuk menampung kos untuk kucing kucing ini. anda boleh menderma ke no akaun yang telah disediakan di dalam gambar di bawah.
sumbangan ikhlas dari anda sangat bermakna bagi mereka. di bulan ramadhan ini, marilah kita sama sama beramal.  bantulah mereka kerana mereka sangat memerlukan bantuan. untuk info lebih lanjut, anda boleh berhubung terus ke page Pandan City Furries. sekian. Wassalam

credit gambar :
Pandan City Furries
Ayied Zudin
Rosidah
Azman Ahmad
Za Ina
JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

6 comments:

iburohani said...

Alhamdulillah..sungguh mulia budi dan jasa jihah dan rakan2..jrg tau tentang kewujudan bdn2 amal spt ni..teruskan jihah! #sy kalau nmpak kucing terbiar tepi jalan mesti menangis, sebak dan kesian sgt2..membantu sekadar termampu..

Http://nikmathidupsihat.blogspot.com

Wak John said...

saya minat seperti buat perkara cmni.. dulu ble kucing dr kcing smpi umur kucing 3tahun, then sy berhijrah kucing tggl di rumah kg, balik2 kucing dah lari hehhe... biar semua ni dengan niat satu menyelamatkan kehidupan makhluk lain, jangan kerana populariti pula hehe...

insyallah...

http://mesrailmu.blogspot.com/

Bahrain Ramlan said...

tenogk gambar kat atas, merak je...baguslah ada sukarelawan mcam nie...kucing2x smua comel belaka..

Aziri Pauzi said...

kira lu spesis suka kucing sama mcm gua dgn kawan gua yg lagi sorang tu la.. ohsem~

nanti korang ley berkenalan la. kawan gua tu kerja dkt vet. cat groomer. :3

http://totallymejah.blogspot.com/

masyi malo said...

assalamualaikum. alhamdulillah. suka sangat tengok kucing kucing ni. binatang kesukaan nabi muhammad s.a.w. allah ja yg mampu balas jasa baik awak. :)

Nora_S said...

Saya orang singapura. Bagaimana cara2 utk menjadi sukarelawan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...