HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Thursday, 31 October 2013

CLOUBY DITAHAN DI WAD AKIBAT BATU KARANG.

Assalammualaikkum. harini merupakan hari yang sedih buat Jihah.

Jam 4 pagi tadi. ketika kami seisi keluarga sedang nyenyak tidur, kami dikejutkan dengan 1 jeritan yang seolah olah menjerit menahan kesakitan. mak bingkas bangun untuk melihat apa yang berlaku. rupa rupanya Clouby sedang menahan kesakitan. Aku tak tahu apa punca Clouby sakit. Clouby macam nak buang air , tetapi tak boleh boleh. Clouby asyik mengerang menahan sakit.

Bayangkanlah , macam mana kami nak hantar dia ke klinik. Jam 4 pagi, mana ada klinik veterinar yang sudah dibuka. nak telefon doktor vet, takut mengganggu. aku dah mula menangis nangis . aku tak sanggup melihat clouby mengerang sakit.
semalam , clouby baik baik saja. dia sihat dan sangat aktif. tiba tiba pagi ni , clouby jatuh sakit. aku dah buntu . tak tahu nak buat apa. setiap kali clouby mengerang dan menjerit aku menangis dan terus menangis. aku berharap dan berdoa agar urusan kami dipermudahkan Allah. 

abah bercakap di telinga Clouby . "sabar ye sayang, bertahanlah ye. nanti klinik dah buka, abah hantar Clouby ke klinik ye. bertahanlah ye clouby". Cloby seolah olah faham dengan kata kata abah. dia mengiau . ini membuatkan aku lebih sebak dan terus menangis. Mak mula mengesyaki yang Clouby mungkin menderita sakit batu karang. 

jam 5.30 pagi. clouby masih bertahan, mungkin dia kuatkan semangatnya untuk terus bersama kami. aku perlu bersiap siap untuk pergi ke sekolah. hari ini, ada penyampaian slip peperiksaan spm . ikutkan hati , aku memang tak mahu ke sekolah. tapi demi masa depanku aku terus bersiap siap. 

jam 6.25 pagi. clouby masih mengerang. aku menjadi sebak dan terus melangkah keluar dari rumah untuk ke sekolah. aku tak sanggup melihat clouby mengerang. abah masih berusaha untuk menelefon seorang pembantu veterinar. malangnya , tak dapat di hubungi. abah usahakan untuk menelefon seorang lagi doktor vet di pekan nenas. 

cerita selepas jam 10 pagi ini, di ceritakan oleh mak kepada aku kerana ketika itu aku berada di sekolah

akhirnya pada jam 10 pagi. Clouby selamat sampai ke klinik vet. Clouby disyaki mengerang akibat sakit Batu karang. doktor cakap clouby kuat semangat. Clouby perlu ditahan di wad untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Clouby seolah olah tak mahu tinggal di situ. tetpi demi kebaikannya sendiri, dia perlu tinggal di wad untuk beberapa hari. 

petang tadi doktor tu bagitahu yang " Clouby da bgn n minum air byk, mmg klo lambat sket bole rupture." . Alhamdulillah clouby dah sedar. tetapi masih dalam rawatan . aku sangat bersyukur. doktor juga cakap "Teruk sgt darah dlm air kencing die.. Merah shj.. skrg die on fluids n tube;)" 

terima kasih pada doktor yang berusaha menyelamatkan dia . dan tak lupa terima kasih pada semua yang mendoakan Clouby. 

Update : sekarang clouby masih di wad . ahad ni kami datang melawatnya. doakan yang terbaik buat Clouby. kami sayang Clouby. doakan jihah untuk SPM pada rabu depan ye
JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

9 comments:

CikPuanTatie said...

kucing pun ada batu karang? bahaya ni...

siti najihah pawira said...

@CikPuanTatie
ye akak, jangan tak ahu. kebanyakan penyakit manusia juga dialami dan dihidapi oleh kucing.

ikhwan yusuff said...

kesiannya...:) btw moga kucing awak cpt sembuh..:)

siti najihah pawira said...

@ikhwan yusuff
terima kasih ye

Ezelovesse7en said...

Mudah2an clouby sihat...
P/S : sy singgah sini :)

Izzati Bahari said...

sabar la dik .akk pun ade kucing..bila akk sambung belajar seko sekor kucing akk mati umm... =(

siti najihah pawira said...

@Ezelovesse7en
terima kasih

siti najihah pawira said...

@Izzati Bahari
mungkin kucing akak tu rindu pada akak kot .

Masmira Masri said...

sy pun slalu nangis kalau kucing sy sakit......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...