HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Monday, 7 May 2012

kedatangan johnny

Greeting Text

petang tu, saya teman adik saya pergi ke taman mainan. lepas adik saya dah penat main, saya dan adik saya pun pergi la jalan jalan kat kawasan rumah saya sambil bawa manja berjalan jalan. waktu saya jalan jalan tu, saya nampak ada sekumpulan budak budak kecoh kat rumah jiran saya. jadi saya pun pergi la ke arah budak budak tu. rupa rupanya jiran saya tu beri mainan anak anak dia pada budak budak tu sebab dia nak pindah. jiran saya tu suaminya bernama nad noh dan isterinya bernama nora. saya tanya kat cik nora tu betul ke dia nak pindah. dia cakap "betul". rumah dia yang kat sini dia sewakan. lepas tu cik nora tanya pada saya "angah nak kucing tak". saya suruh cik nora tunggu saya kat situ kejap sebab saya nak balik rumah nak mintak izin mak dan abah yang saya nak bela johnny(kucing cik nora). mak dan abah ok saja. saya pergi semula ke rumah cik nora. lepas saya cakap saya nak kucing tu. cik nora terus bagi sangkar untuk johnny. saya hantar sangkar tu ke rumah. lepas tu saya datang semula ke rumah cik nora. waktu itu johnny dah berada di tangan cik mad noh. jadi saya ambil johnny untuk bawa balik ke rumah. tak sampai beberapa minit saya pegang johnny.lepas tu johnny terlepas sebab tangan saya dicakar dan digigit. adoi sakitnya rasa kena cakar. tapi tahan saja la. cik nora cakap johnny tu memang liar. hanya tuan dia saja yang boleh tangkap dia. cik nora suruh saya balik dulu . nanti lepas maghrib dia hantar johnny ke rumah saya. saya jaga johnny sepertimana saya menjaga manja.

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

1 comment:

Iha Zaliza said...

Nasib baik Najihah tak fobia nak bela johnny tu lagi lepas kena gigit dgn cakar.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...