HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Friday 24 May 2013

SAYA SAYANG CIKGU SELAMANYA

assalamualaikkum, malam ni aku nak luahkan perasaan aku. maaf lah sebab entry kali ni takde kena mengena dengan tema blog aku ni. jauh bezanya.

tadi selepas aku balik yaasin, dalam pukul 10 malam, abah cakap yang ada orang hantar sms yang mengatakan ada cikgu aku yang meninggal. aku terkejut, lepastu aku terus buka sms, dan ternyata memang benar ada cikgu yang meninggal. yang sangat menyedihkan aku, cikgu yang meninggal tu cikgu sejarah aku, cikgu Rozie Silikin. sms tu mengatakan cikgu mengalami sesak nafas kemudia cikgu meninggal. ya Allah, hanya tuhan saja tahu betapa berderaunya darah dan rasa macam nak gugur jantung aku ni.


 Ya Allah kau cucurilah roh cikgu rozie dan tempatkanlah roh cikgu di kalanga orang yang beriman. cikgu saya sayang cikgu selamanya. kawan kawan sekelas cakap, sewaktu hari guru hari tu, cikgu rozie sangat gembira bila menerima kad ucapan hari guru dari kami sekelas. cikgu sangat suka dengan kad tu.

cikgu rozie, saya ucapkan terima kasih banyak banyak sebab banyak bersabar dengan saya dan rakan sekelas yang lain. cikgu banyak sangat berjasa pada kami . sewaktu hari guru hari tu aku tak dapat jumpa cikgu, keesokan harinya aku terjumpa cikgu di bilik kaunseling. aku salam cikgu dan cakap "cikgu, selamat hari guru. maafkan saya andai saya ada salah silap dan terkasar bahasa pada cikgu". lepastu cikgu jawab
"terima kasih najihah, cikgu maafkan kamu semua . cikgu doakan spm kamu cemerlang" . itulah kata kata terakhir dari cikgu.

alhamdulillah, cikgu pergi pada hari yang mulia ini, iaitu pada hari jumaat. Al Fatihah buat cikgu. kami sayang cikgu selamanya
JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

2 comments:

Anonymous said...

Greetings from Idaho! I'm bored at work so I decided to browse your site on my iphone during lunch break. I love the information you provide here and can't wait to take
a look when I get home. I'm amazed at how quick your blog loaded on my mobile .. I'm not even using WIFI,
just 3G .. Anyways, superb blog!

my webpage http://www.golden-retriever-guide.com

Fariha said...

Ya Allah....Al-Fatihah utk arwah...

feel free to visit my blog...maybe anda org yg bertuah utk dapat duit raya???who knows kann

http://farihaabdul.blogspot.com/2013/05/gift-waaahhhh-hhadiah-and-duit-raya.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...