HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MISS CHIPSMORE. SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR

Saturday 8 December 2012

HERO SI KUCING BERKAKI 2

Greeting Text

assalammualaikkum. kali ni aku nak kongsi cerita mengenai HERO. kali pertama aku kenal hero aku tak berapa nak ingat macam mana tapi masa tu tahun 2009 lah. tapi yang aku sangat ingat aku mula terlalu nak tahu tentang hero bila aku nampak video ini di youtube pada tahun 2009/ 2010
                             


waktu tu  berpuluh puluh kali aku rasa nak tengok video tu tapi aku tak berani sebab aku takut manalah tahu kan video tu tunjuk gambar kucing kena potong kaki. ohh tidak aku sangat tak berani dan tak sanggup nak bukak. lepas tu aku  cerita pasal video ni pada jiran sebelah rumah aku. lepastu jiran aku cakap "kau tengok je video tu, tak ada apa apa" . pastu aku pun tengok video tu. waktu aku tengok video tu aku duduk kat dalam bilik. dah start tu aku pun tengok laa dengan penuh perasaan. menitik air mata aku tengok video tu. aku tak dapat tahan rasa sebak. bila habis je video tu aku ternampak 1 link kat bahagian description tu , so aku pun tekan link tu dan aku pergi ke page tu . waktu tu aku tak fikir apa apa pun. aku terus update status kat page tu . aku tanya "adakah hero masih hidup" . tapi takde siapa balas . dalam hati aku cakap, aku kena terus ambil tahu tentang kucing HERO ni.

sedar tak sedar sudah 4 tahun aku mengikuti kisah HERO. setiap hari aku akan buka page KAKIMOTONG  . aku akan mengikuti semua kisah kucing di situ. oppss sory sory kisah anjing jugak. kalau nak tahu juga page KAKIMOTONG DAN WIRA FAN CLUB lah yang memberikan kesedaran kepada aku mengenai anjing. alhamdulillah.

aku nak ucapkan tahniah pada PH kerana telah berjaya menjadikan HERO sebagai contoh kekejaman haiwan. kisah sebenar HERO dan tuannya PAPA HERO (PH) korang boleh baca kat bawah ni. disebabkan aku takut tersalah cerita mengenai hero. aku terpaksa COPY cerita ini dari blog KAKIMOTONG .




~~Al-Kisahnya PH Dan Hero~~

Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( PH baru sahaja berpindah ke tempat ini ), PH telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, PH ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila PH menjengah, PH ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya.

PH sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu. Lepas itu, ada seorang budak lebih kurang umur peringkat awal sekolah menengah mencelah dan berkata dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak sial, selalu curi makanan kat kedai dia. Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain.

Tanpa berlengah, PH terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. [H sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, PH tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada PH, kalau dia nak mati, biarlah di rumah PH...PH tawakal jer ketika itu...PH terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru diperkenalkan dan harganya agak mahal. PH pula baru sahaja 2 minggu bekerja dengan company baru itu. PH tak mampu nak beli handphone berkamera. PH hanya memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu,PH masih bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan PH yang bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 )

Lepas sebulan lebih merawat HERO, dia semakin pulih ( PH pun hairan ) dan dengan gaji pertama PH, PH gunakan untuk membeli handphone berkamera Sony Ericsson K700i. Cara PH merawat HERO PH tak nak ceritakan di sini sebab PH tak nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air mata PH dah keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan lukanya sudah hampir sembuh. PH agak terkilan sebab tak dapat rakam lukanya pada peringkat awal. PH cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam golek. Dia tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 PH letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu PH da buang da....

So, selepas HERO sembuh sepenuhnya, begitulah keadaannya seperti yang anda tonton dalam klip itu hingga sekarang. Sebenarnya, ceritanya panjang lagi dan PH tak nak ingat lagi kisah tu. Tak penting pun. Sedih lagi ade la..
sekian

diulangi sekali lagi. entry tentang hero ni aku COPY dari blog KAKIMOTONG. harap maklum. kalau tak faham lagi tak taulah nak cakap. huhu. 




JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

1 comment:

fazli said...

Saya simpati dengan nasib hero..kerana perbuatan manusia yang keji,binatang yang jadi mangsa..harap manusia yang memperlakukan binatang kesayangan nabi sprti itu segera bertaubat kepada allah(jika dia islam.

Jika anda mengenali si pemotong kaki hero,tolong ingatkan dia bahawa haiwan hanya dikurniakan otak dan tidak berakal,

Manusia pula mempunyai otak dan akal untuk berfikir..jadi suruh la si pemotong berfikir menggunakan akal yang allah bagi..
Saya rasa marah dengan seekor manusia yang bodoh menggunakan otak macam si pemotong kaki hero..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...